BERKEBUN RUMAH UNTUK PEMULA

Secara tidak langsung artikel ini dapat memberi idea kepada peminat-peminat pokok hiasan untuk mencuba sendiri menanam dan memelihara pokok itu di perkarangan rumah mengikut cita rasa masing-masing.  Sememangnya keindahan dan kesuburan tanaman yang menghiasi laman atau langkap di persekitaran rumah akan memberikan kepuasan dan ketenangan jiwa kepada pemiliknya.

Bahagian awal artikel ini lebih ditumpukan kepada memberi panduan bagaimana hendak menguruskan taman dan peralatan perkebunan yang diperlukan.  Ia juga memberi keterangan berkaitan kehendak dan persekitaran asas bagi satu-satu jenis pokok.  Di samping itu, langkah-langkah serta teknik penanaman, pembajaan, penyiraman, pencegahan serangga perosak dan cara pembikan pokok turut di huraikan dengan lebeh terperinci.

Harapkan agar artikel ini dapat memberi panduan yang berguna kepada anda untuk mencuba sendiri menanam pokok hiasan rumah.

Penjagaan taman membabitkan pelbagai kegiatan yang di jalankan secara betterusan dengan tujuan memastikan pokok sentiasa sihat dan segar serta mempamerkan bentuk, warna dan tekstru yang indah. Justeru, untuk menjaga dan mempertingkatkan keindahan taman yang bermutu, pemilihan bahan serta peralatan taman perlu dilakukan dengan betul dan teliti. Banyak pokok musnah dan rosak kerana peralatan yang digunakan tidak betul atau sempurna.  Ungkapan “guna alat yang betul untuk kerja yang betul” seharusnya dikotakan ketika menjalankan kegiatan dalam taman. Bagaimanapun sebelum bertindak, tentukan apa yang hendak dilakukan dan kendalikan secara beransur-ansur atau satu persatu.

Tentukan kehendak pokok, bukan kehendak kita.  Inilah masalah sebenar di dalam taman.  Bagi mengatasinya, lakukan pemerhatian pada setiap pokok kerana lain pokok lain ragamnya. Selepas mengetahui “ragam”, tentukan kegiatan dan pilih peralatan serta bahan untuk menyelenggarakan pokok berkenaan.

Harapan agar artikel ini dapat memberi panduan yang berguna kepada pemula untuk mencuba sendiri menamam pokok hiasan di rumah