BATANG BERCABANG BERSALUT POKOK HIASAN

Kebanyakan pokok hiasan selalunya ditanam dalam bekas atau di batas, bertujuan untuk mengindahkan halaman dengan reka bentuk penanaman yang menarik.  Selain itu, bahan lanskap keras seperti ukiran, kolam, air terjun mini dan batu-batan digunakan untuk menambah keindahan.  Ia memerlukan sedikit perbelanjaan demi mengindahkan lagi lanskap.  Rekaan ini lazimnya digunakan sebagai bahan tumpuan dalam taman kerana keunikannya berbanding lanskap lembut yang ada, iaitu tanaman.

Satu daripada bahan lanskap lembut yang boleh dijadikan daya tarikan dalam taman ialah menggunakan batang kayu bercabang disalutkan dengan pelbagai pokok hiasan.  Batang bercabang ini juga boleh digunakan sebagai latar belakang atau jika diletakkan rapat dan berturutan, boleh dijadikan tabir. Selain itu, ia muah diubah suai dan boleh digunakan dalam taman kecil, besar, berkelompok atau tunggal, bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Lagipun, belanja menyediakan batang bercabang adalah murah kerana ia mudah didapati di kampong dan senang dijaga.

 

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Batang kayu bercabang – daripada pokok hutan hujan tropika seperti manggis, tembusu, gelam dan manga. Ia sesuai digunakan kerana mempunyai kulit yang tebal, justeru boleh menyerap dan menyimpan air secukupnya untuk akar pokok yang disalurkan nanti.  Tinggi batang kayu mestilah lebih kurang 1 hingga 2 m.  Ketinggian tersebut agak sesuai dan memudahkan kerja-kerja menyiram dan membaja pokok.  Manakala ukuran besar batang dahan ialah 20 hingga 30 cm dan pastikan ia mempunyai lima atau enam batang cabang di bahagian atas.
  2. Bekas – untuk kemudahan mengalih, tanam batang bercabang di dalam bekas seperti pasu besar berukuran 60 cm atau tempayan. Masukkan batang kayu dan terus disimen.
  3. Pembalut atau pengikat – untuk membolehkan pokok hidup dan mengeluarkan akar supaya lekap pada batang cabang, beberapa bahan pembalut digunakan untuk menyalut pokok di dahan. Bahan yang sesuai digunakan hendaklah lembut, boleh menyerap air, membantu pengudaraan dan tahan lama.  Ukuran besar bahan pembalut lebih kurang 20 x 30 cm dan bahan yang sesuai ialah kulit kayu pokok gelam kerana lembut dan boleh menyerap banyak air, sabut kelapa kerana ia mudah didapati, serat koko, kain guni yang boleh didapati daripada guni beras, jarring daripada plastik warna hijau atau hitam dan kulit pokok terap yang boleh didapati di kampong atau di hutan.  Manakala untuk mengikat pokok dan bahan pemalut, gunalah tali nilon, tali plastik, tali guni atau benang yang dipintal.
  4. Bahan tanaman – pokok yang sesuai ditanam selalunya mempunyai akar melekap atau akar di udara dan sejenis pokok yang dinamakan epifit yang mengambil air dan unsur daripada tempat tumpangannya. Banyak pokok hiasan mempunyai bunga dan daun yang indah termasuk dalam kumpulan ini, antaranya jenis orkid simpodial (Dendrobium, Oncidium catleya, Haemaria, Spathaglottis); bromeliads atau nanas hiasan (Aechmea, Guzmania, Tillandsia, Neoregelia); Philodendram (keladi panjat yang mengeluarkan daun pelbagai bentuk dan ukuran); Scindapsus (jenis sirih gading yang mengeluarkan daun warna-warni dan berbaldu.  Banyak lagi pokok hiasan yang berpotensi digunakan sebagai batang bercabang tetapi masih dalam keadaan liar.  Apa yang penting ia mesti mempunyai akar melekap atau ke udara dan jenis epifit.

 

PENYEDIAAN

  1. Ambil batang kayu dan masukkan kedalam pasu besar atau tempayan dan disimen. Batang kayu ini juga boleh ditanam atas batas, tetapi tentukan kedudukannya dalam reka bentuk taman yang dirancang.
  2. Ambil dua atau tiga anak pokok yang hendak disalut, kemudian letakkan pada cabang pokok dan ikat, bermula dari pangkal dahan hinggalah ke atas. Teruskan kerja-kerja mengikat anak-anak pokok dari satu dahan ke satu dahan sehingga reka bentuk batang cabang yang cantik dapat dihasilkan.
  3. Anak pokok yang diikat kemudian dibalut dengan bahan pembalut dan sekali lagi, pembalut diikat supaya anak pokok kemas di tempatnya.
  4. Siram basah semua pokok dan pembalut. Biarkan tiga empat hari di tempat redup sebelum dibawa keluar untuk ditempatkan di kawasan yang dirancang dalam reka bentuk taman.

 

Kepelbagaian pokok

Pokok yang hendak ditanam di batang cabang boleh dicampuradukkan jenisnya, misalnya mengadunkan orkid, Bromeliads dan Philodendrons.  Gabungan ini bagaimanapun mestilah sesuai mengikut ukuran, tekstur, warna, bentuk, penjagaan dan persekitaran.  Apa yang penting, buat perangan terlebih dahulu yang mana satu hendak dijadikan bahan tumouan supaya cantic, unik dan menarik perhatian.

 

Penjagaan

Pokok yang baru ditanam perlu dijaga rapi sehinggalah akar dan puck baru tumbuh.  Selepas itu, penjagaan pokok sama mengikut pengurusan tanaman biasa.  Penjagaan yang diperlukan ialah:

  1. Menyiram – selalunya bahan pembalut boleh menyerap air secukujpnya untuk pokok, tetapi dalam musim panas hendaklah disiram sekurang-kurangan dua kali sehari.
  2. Pembajaan – Baja yang sering digunakan ialah baja campuran kerana ia mudah, hanya perlu dibancuh dengan air dan sembur kepada anak pokok terutama baja daun (foliar fertilizer). Untuk menggalakkan tanaman menghijau dan vegetatif, guna baja NPK 21:21d:21, manakala untuk melebatkan bunga, guna baja NPK 21:36:36.  Ikut peraturan yang tertera pada label.  Campur semua bahan organic dan sumbatkan dalam pembalut pokok.

 

          Penyakit Dan Ulat Seranngga

          Semburan racun kulat dan serangga mesti dilakukan secara rutin.  Ia bertujuan untuk mengelakkan pokok

tidak dimusnahkan terutama pada musim hujan apabila keadaan terlampau basah.  Untuk mencegah

penyakit serosok dahan, daun dan akar, gunakan racun benomyl, thiram, captan dan capatafol serta

sembur sekurang-kurangnya seminggu sekali.  Bagi mencegah ulat serangga yang menghisap sap dan

memakan daun, guna racun serangga cabaryl, diazinom, malathion dan white oil.

 

          Mengganti Semula

Meskipun pokok dilekatkan pada batan, cabang akan tetap membesar dan mengeluarkan sulu, lelari atau

rizom, iaitu bahan yang boleh dibiakkan dan dilekatkan pada batang cabang lain.  Ada kalanya batang cabang itu reput atau patah dan kalau ini berlaku, gantikan dengan batang cabang baru menakala pokok ditanam semula.

Selalunya batang cabang kekal lima hingga enam tahun selepas ditanam, justeru pilihan keras yang berkulit tebal.