BIRAH AIR

Pokok berdaun memainkan fungsi penting dalam hiasan dalaman sebagai pokok latar belakang hang hijau sepanjang masa.  Kecantikan pokok ini datang daripada daunnya yang pelbagai bentuk dan ukuran seperti helai daun Monstera deliciosa dan Begonia rex (resam batu) atau yang berjurai seperti asparagus dan Chlorophytum.  Pokok berdaun juga mempunyai pelbnagai corak dan gabungan warna seperti Coleus (ati-ati), Croton, Gynura, Begonia dan Meranta.  Daun yang pelbagai corak ini pula ada kalanya berbintik, bertompok dan bergaris putih atau krim seperti trandescantia, Diffenbachia dan Scindapsus.

Bagi kebanyakan pokok berdaun, tempatan ialah di ruang dalaman (indoor) dan sesuai diletakkan di beranda, anjung atau di bawah pokok bernaung di halaman.  Penjagaan dan kehendak pokok berdaun tidak begitu rumit asalkan keadaan persekitaran dapat dikawal dengan sempurna.

Pokok berdaun dapat hidup dan membesar dengan baik.  Satu daripada yang isitimewa untuk hiasan ialah pokok Aglaonema atau birah air yang boleh hidup di tempat kurang cahaya.

Aglaonema ia lah satu kumpulan pokok daripada keluarga Araceae (kumpulan keladi) dan mempunyai lebih kurang 15 species serta berasal dari kawasan tropika Asia Timur.  Tiga spesies yang terdapat di Malaysia ialah Aglaonema trewbii Silver Queen, A. pseudobracteatum dan A. roebelinii.  Ia cantik dan boleh ditanam sebagai pokok hiasan lain seperti ara, jenjuang (Cordylines/Dracaenas), Philodendrons dan keladi hiasan L(Caladiums).

  • Aglaonema trewbii Silver Queen – jenis paling indah dan sesuai untuk hiasan dalaman. Daun hijaunya mempunyai jalur dan tompok berwarna perak, dengan ukuran panjang sehingga 30 cm.
  • Aglaonema pseudobracteatum – berdaun besar dan mempunyai jalur keemasan.
  • Aglaonema pictum – berdaun tegak dan betompok warna krim.

Pokok birah air mempunyhai dan berwarna-warni jika dibandingkan dengan Philodendrum dan Ficus (ara) yang berdaun hijau sahaja.  Apabila membelil birah air, pilih pokok yang agak muda dan pastikan daunnya tidak berwarna kuning.

 

Ciri-ciri Pokok Birah Air

  1. Ukuran – tidak terlampau besar, iaitu 25 hingga 30 cm sahaja dan berumpun.
  2. Tumbersaran – mengeluarkan enam hingga lapan daun setahun dalam keadaan sihat.
  3. Bunga – putih atau kuning, tetapi tidak menonjol.
  4. Bau – tidak barbau.
  5. Cahaya – tumbuh dengan segar dalam pelbagai simbahan cahaya matahari.
  6. Suhu – memerlukan 28 hingga 30 °C, tetapi tahan kepada suhu rendah.
  7. Air– pastikan keadaan tanah lembap dan siram sekali sehari.
  8. Nutrien – baja lengkap seperti NPK 15:15:15+ TE dan ikut peraturan yang diberi.
  9. Kelembapan – memerlukan kadar kelembapan yang tinggi (60 peratus). Oleh itu, jika keadaan kering hendakalah disiram dengan air.
  10. Campuran tanah – yang sesuai ialah 3:2:1.
  11. Memasu semula – lakukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun apabila akar sudah berserabut. Birah air tidak berapa sesuai sekiranya ditanam di tanah yang padat.
  12. Memankas – hanya daun yang berpenyakit dan rosak sahaja perlu dipangkas. Cantas dari pangkal daun.
  13. Pembiakan – dilakukan melalui kaedah keratan sepanjang 15 h ingga 20 cm dan tanam di dalam pasir. Keratan mula berakar dalam tempoh tiga hingga empat minggu.  Rumpum pokok birah air boleh dibelah.  Pastikan setiap belahan mempunyai empat hingga lima dahan pokok.  Selepas tiga hingga empat tahun, tumbesarannya mulai menurun jadi bolehlah diambil keratan dahan untuk mendapat pokok baru.

 

Masalah

  1. Pokok layu – disebabkan suhu terlampau rendah. Eloklah dikeluarkan untuk diberi cahaya.
  2. Daun baru kecil – kerana kekurangan nutrien. Beri baja.
  3. Daun pucat – berikan cahaya dan baja
  4. Daun berbunga – keadaan tanah terlalu lembap. Keluarkan pada cahaya dan pastikan keadaan lembap sahaja serta kurangkan penyiraman.
  5. Daun kering dan rapuh – kerana terlampau panas dan kering. Letak ditempat redup dan siram.
  6. Tompok putih dan berdebu di bawah daun – disebabkan koya. Sembur dengan malathion atau guna larutan sabun dan bawang putih.
  7. Daun berbintik kuning kemerahan – disebabkan teritip daun. Sembur dengan racun sistematik atau larutan sabun dan bawang putih.