BONSAI TROPIKA

Bonsai ialah pokok hiasan kerdil yang kian diminati ramai.  Pokok yang biasanya tumbuh besar, dibentuk dengan teknik tertentu menjadikannya kerdil dan sesuai ditanam dalam pasu berukuran kecil serta sederhana.  Teknik penanam bonsai ini sebenarnya berasal dari China, tetapi kemudian diperluaskan sehingga popular, teutama di Jepun.  Perkataan bonsai adalah cantuman dua perkataan, iaitu bon bermaksud pasu dan sai pula bermakna untuk ditanam.

Beberapa keadaan yang mempengaruhi kekerdilan pokok ialah ukuran pasu yang digunakan, proses pemasuan, pangkasan, pengutilan (pinching) dan lilitan dawai atau pengikatan.  Matlamat utama dalam membentuk bonsai itu akhirnya ialah untuk menghasilkan satu keadaan semula jadi yang mana sesuatu bahan hidup diguna untuk melahirkan perasaan.  Ia adalah seni untuk ditatapi keindahannya.

 

Pembiakan

Sumber untuk mendapatkan bahan tanamanb boleh didapati dalam du acara, iaitu melalui pokok atau renek yang sudah matang atau melalui bahan tumbuhan muda yang didapati daripada biji benih dan keratan.

Bagi kaedah pertama, pokok besar dipotong kepada ketinggian bersesuaian dan dahannya dibiarkan tumbuh semula sebelum dibentuk mengikut cita rasa sendiri.  Dalam kaedah kedua, okok ditanam dan sewaktu proses tumbesaran, ia dibentuk mengikut ukuran dikehendaki (dilakukan dari kecil hingga matang).

Tanaman yang sudah lama ditanam dalam bekas atau pasu boleh diubah menjadi bentuk bonsai hanya dalam beberap jam sahaja, tetapi memerlukan masa bertahun untuk menjadikannya bonsai sebenar dan menarik.

Di Jepun dan China, pokok yang benar-benar menarik diperolehi dengan memungutnya di-kawasan pergunungan, yang mana cuaca sejuk membentuk bonggol pada pokok.  Pada penghujung abad ke-19 dan awak abad ke-20, pencita bonsai biasanya, mencari bahan menarik untuk dijadikan bonsai dari kawasan pergunungan, tetapi sekarang kebanyakan bonsai dibuat menggunakan pokok matang yang dibentuk dan dilatih apabila mencapai ukuran bersesuaian.

Sekiranya bonsai dibentuk daripada biji benih, biji perlu dicambah terlebih dahulu sebelum anak pokok dilatih dengan pembentukan secara bonsai sepanjang proses tumbersarannya. Sesetengah pokok memerlukan dua atau tiga tahun sebelum ditukarkan pasu dan dibentuk semula sehingga menunjukkan rupa seperti bonsai, selepas lima tahun.

Bonsai juga boleh didapati daripada kertan akar. Cara ini lebih cepat dan dapat memastikan pokok baru mempunyai ciri-ciri induknya.  Kaedah perakaran udara dan perakaran tanah adalah cara yang selamat untuk mendapatkan bahan tanaman.  Cantuman tunas turut digunakan dalam bonsai, walaupun

cara ini tidak begitu digemari oleh pencita bonsai asli.  Tujuan menggunakan cantuman tunas ialah:

  1. Untuk memelihara bonsai yang berbentuk cantik atau memulihkan kembali specimen yang lemah kepada pokok penanti yang sihat.
  2. Menambah stok pada pokok yang tidak menglami perakaran baik;
  3. Menambah lagi keindahan bonsai; dan
  4. Mempercepatkan pembuangan serta pembuahan bonsai. Pokok yang dicantum lebih cepat berbuah atau berhunga daripada pokok ditanam dengan biji benih.

 

Pembentukan Bonsai

Bonsai yang baik ia lah sederhana, tetapi jelas bentuknya (tidak berserabut dengan dahan), menarik perhatian dan boleh melahirkan rasa kagum di hati peminatnya. Beberapa ciri bonsai yang menarik ia lah mempunyai ruang dan keseimbangan pergerakan dahan yang indah serta menyenangkan mata memandang.

Keseimbangan pada permukaan akar, dahan berbentuk menarik dan runcing di hujung serta kelihatan teratur akan mempamerkan kematangan bonsai.  Lebih-lebih lagi jika pokok itu sihat, padat, mempunyai daun berwarna, berbunga dan berbuah serta bersesuaian dengan pasu yang digunakan.

Dahan tidak perlu terlalu padat, memadai seimbang bentuknya, tiada kerosakan atau calar.  Batangnya pula perlu menirus dari bawah ke atas.  Ranting hendaklah di pangkas satu pertiga dari bahagian bawah batang.  Terdapat 30 hingga 40 bentuk bonsai terlah dikenal pasti, tetapi hanya lima sahaja yang popular, iaitu tegak formal, tegak tidak formal, condong atau miring, berjuntai atau berjurai dan separuh mengurai.

 

Pililhan Pokok Tropika

Ada beberpa pokok tropika yang sesuai dijadikan bonsai, iaitu jati laut, cempaka pisang, malfigia/Singapore holy, bunga Cina, ara beringin, susun kelapa dan Ehrethia.

 

Jati Laut

Ia mempunyai silar bujur tirus, tetapi menjadi rending apabila beransur tua.  Cara pembiakannya ia lah melalui semaian biji benih ke dalam tanah campuran (nisbah 2:1).  Biasaskan anak pokok terdedah kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.  Ia lambat membesar dan memerlukan tanah yang subur.  Tidak perlu dicantas.

 

Cempaka Pisang

Pembiakannya secara tut atau keratan.  Keratan yang dibuat hendaklah disapu dengan hormone perakaran untuk mempercepatkan kegiatan perakaran. Ia boleh ditanam dalam pasu dan tidak memerlukan cantasan.

 

Malphigia/Singapore Holy

Mempunyai batang keras dan liat, berdaun kecil, duri halus, bunga putih dan buah berwarna merah.  Pembiakannya melalui keratan

 

Bunga Cina

Daunnya tebal, mempunyai batang berkayu yang liat.  Mengeluarkan bunga berwarna putih yang kembang pada waktu pagi dan berbau wangi. Cara pembiakannya adalah melalui kertan kau keras atau pucuk berdaun.  Ia perlu dicantas untuk mengekalkan bentuknya.

 

Ara Beringin

Silaranuya rending, dahan melentur ke bawah, akar udara berjuntai ke bumi dan berdaun bujur.  Cara pembiakannya adalah melalui keratan pucuk atau tut.

 

Susun Kelapa

Batangnya mempunyai banyak cabang dan berbunga putih.  Pembiakannya dilakukan secara keratan. Ia memerlukan cahaya matahari yang cukup dan hendaklah dicantas untuk mengekalkan bentuknya.

 

Ehrethia

Berdaun kecil, dahan bercabang, bunga berwarna putih, bersaiz kecil dan berbau harum.  Sejenis tumbuhan yang sangat cantik jika dibuat bonsai.  Pembiakannya adalah melalui keratan.

 

Pemangkasan Akar

Akar pokok bonsai mempunyai nilai kecantikan tersendiri kerana ia mempunyai bentuk dan ukuran yang unik. Misalnya pokok beringin berakar udara, pokok melati mempunyai akar dalam pelbagai bentuk dan pokok berakar tongkat.

Selalunya akar pokok berkenaan ditimbulkan melebihi aras tanah dari pangkal batang utama pokok.  Untuk mendapatkan keadaan begini, akar pokok dilatih terlebih dahulu supaya benguk dan susunannya kelihatan seperti semula jadi, dengan memangkas dan mendawaikan akar tertentu sebelum pokok bonsai dialih ke pasu tetap.

Cara atau gaya yang sering digunakan untuk akar terdedah ialah seperti dalam bentuk tanah yang dihakiskan daripada sekeliling akar dan akar yang melilit pada batu – satu reka bentuk luar biasa, yang mana akar atau akar udara dilatih melilit pada batu.

Fungsi sebenar akar pada pokok ialah untuk membolehkannya mencengkam ke dalam tanah supaya pokok mendapat air dan nutrient.  Bagaimanapun, dalam tanaman bonsai, akar selalunya dipangkas dan ini mengurangkan jumlah akar yang ada serta cengkaman akar terjejas. Untuk mengukuhkan pokok, akar yang tinggal lazimnya diikat dengan dawai melalui lubang di bawah pasu sehingga pokok dapat tegak dengan sendiri, kemudian barulah dawai ditanggalkan.

 

Memasu

Pokok bonsai yang ditanam biasanya didapati daripada keratan berakar, tut dan baka cantuman daripada pokok hiasan biasa jenis berkayu atau herba.  Ia juga boleh didapati dalam keadaan liar semula jadi daripada jenis pokok yang mempunyai ciri dahan dan akar yang bentuknya sesuai untuk bonsai seperti ara dan kesinai.

Pelbagai jenis dan bentuk pasu boleh digunakan untuk menanam pokok bonsai, tetapi ia mestilah sepadan dan sesuai dengan bentuk dan ukuran yang dikehendaki.  Bentuk pasu yang sering digunakan ialah bulat, lonjong dan bujur dengan ukuran di antara 10 hingga 60 cm. Pastikan pasu itu mempunyai beberapa lubang di bahagian bawahnya bagi membantu pengudaraan dan saliran air.

Anak pokok yang berusia dua hingga tiga tahun dan mempunyai akar serta dahan sudah terbentuk, boleh ditanam dalam pasu bonsai.  Terlebih dahulu gemburkan tanah di sekeliling pangkal pokok.  Kemudian cabut perlahan-lahan anak pokok dari pasu atau tanah supaya dahan serta akarnya tidak putus dan rosak.  Selepas itu cantas dahan dan akar yang ada.  Pada masa yang sama, cuba buatkan bentuk yang dikehendaki.  Tanah yang ada pada akar hendaklah dibersihkan dengan pancutan air supaya akar terdedah.

Kemudian, sediakan pasu dengan meletak jaring hijau pada dasar pasu untuk menghalang tanah keluar menerusi lubang.  Masukkan campuran tanah kira-kira satu pertiga dari aras pasu.  Masukkan pokok ke dalam pasu dan pastikan kedudukannya teguh, selain akar tersirat sama rata dalam pasu.  Tambahkan tanah sehingga penuh.  Tanah di sekeliling akar perlu dipadatkan, menggunakan pencungkil buluh supaya tiada lompang udara.

Akhirnya pokok bolehlah disiram basah dan tinggalkan di tempat bernaung dua hingga tiga meninggu.

 

Menukar Pasu

Pasu yang sudah lama digunakan untuk menanam pokok bonsai boleh ditukar dengan pasu baru, begitu juga dengan tanahnya.  Ia perlu dilakukan kerana tanah yang lama tidak berongga dan tidak gembur yang menghalang pengudaraan dan pengaliran air.  Selain itu, tanah juga akan menjadi masam dan kekurangan nutrient.  Perkara penting yang mesti dipatuhi ketika hendak menukarkan tanah ialah keluarkan pokok dengan menggunakan sudip tanah dan pastikan keadaan tanah lembap.

Selepas dikeluarkan akarnya, cantas lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan jumlah akar yang ada.  Pangkas juga akar yang berpenyakit dan akar yang tidak sihat.  Tanah lama hendaklah dibuang dan dignatikan dengan tanah baru, kemudian bolehlah pokok itu ditanam semula.

 

Campuran Tanah

Pelbagai bahan campuran tanah asas boleh digunakan.  Pastikan ia dalam keadaan gembur dan peroi.  Campuran tamnah yang kaya dengan nutrient dapat membantu pengudaraan dan pengaliran air yang baik.  Bahan asas yang selalu digunakan ialah tanah peroi yang boleh didapati di permukaan tanah.  Tanah peroi istimewa kerana terdapat banyak bahan organic di dalamya seperti humus, rumput kering dan akar pokok yang sudah hancur serta reput.

Bahan lain yang boleh digunakan ialah bahan organic yang mempunyai daya penyerapan air yang baik dan pasir sungai sederhana kasar.  Terlebih dahulu, ketiga-tiga bahan itu diayak untuk mendapatkan butiran seragam.

Sukatan campuran tanah untuk bonsai ialah masing-masing satu bahagian tanah peroi, tanah gambut dan pasir sungai.  Sebaiknya ditambah dengan baja asas, iaitu baja organic 8:8:8 dan kapur lebih kurang 100 hingga 150 g juka menggunakan baldi plastik sebagai sukatan.

 

Peralatan

Peralatan yang digunakan bergantung kepada penghasilan reka bentuk bonsai yang dikehendaki, sama ada rumit atau sebaliknya. Sebagai permulaan, memadai menggunakan peralatan yang asas sahaja.

 

Alat Memangkas

Sebarang ukuran boleh dan sesuai digunakan untuk memangkas dahan, tangkai daun serta akar.  Ini termasuk gunting pokok yang kecil, sederhana serta besar dan juga gunting pokok bermuncung tajam kerana ia sesuai untuk memangkas tangkai daun.  Selain itu, gergai memangkas turut di gunakan untuk dahan yang keras dan besar.

 

Alat Pendawaian

Bagi membentuk pokok bonsai, pelbagai ukuran dawai dililitkan kepada dahan untuk mendapatkan bentuk tertentu.  Bagi memotong dan melilit dawai itu, peralatan yang diperlukan ialah playar, ragum, pemotong dawai dan playar muncung panjang.

 

Dawai

Jenis dawai yang sesuai digunakan ialah dawai tembaga kerana ia lebih lembut dan mudah dilenturkan. Bagaimanapun, dawai aluminium atau dawai biasa juga boleh digunakan, tetapi perlu disalut dengan pita pelekat sebelum digunakan untuk mengelakkan dahan daripada luka atau rosak.  Panjang dawai yang diperlukan ialah 30 hingga 45 cm, bergantung kepada panjang dahan yang hendak dibentuk.

 

Pencungkil, Sudip dan Garpu Tanah

Peralatan yang sering diguna untuk memasukkan tanah ke dalam pasu ketika menanam bonsai ialah sudip, pencungkil tanah dan garpu.  Selepas itu, tanah di sekeliling akar pokok perlu dipadatkan dengan menggunakan pencungkil tanah supaya tiada lompang udara.

 

Mendawai Dan Memangkas

Mendawai dan memangkas adalah kegiatan terpenting dalam membentuk dan mengecilkan pokok untuk membentuk bonsai yang sempurna.  Sebelum pokok bonsai didawai dan dicangas, pastikan pokok sihat dan segar serta mempunyai bentuk dan ukuran yang sempurna.

 

Mendawai

Untuk mendapatkan bentuk tertentu, dahan dan juga batang utama pokok boleh didawaikan.  Keras atau lembut dahannya bergantung kepada jenis pokok yang hendak ditanam.  Untuk mendawai, terlebih dahulu pokok jangan disiram kerana air siraman boleh mengganggu proses melenturkan dahan selepas dawai dililit. Gunakan dawai yang halus untuk dahan yang kecil dan sebaliknya.

Sewaktu melilit, pastikan lilitan dawai tidak terkena mata tunas dahan.  Jarak lilitan juga hendaklah tidak terlalu rapat sehingga boleh menyebabkan mata tunas tercedera, tetapi tidak juga boleh terlampau jauh kerana kemungkinan keadaan ini membuatkan proses lenturan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

 

Memangkas

Pemangkasan pokok bonsai hendaklah sering dilakukan untuk mengawal ukuran dan bentuknya.  Dahan, ranting, tangkai daun dan akar perlu dicantas menggunakan gunting pokok biasa dan gunting bermuncung panjang. Pastikan cantasan dibuat di atas ruas.  Selain itu, tentukan arah dan kedudukan tunas.  Tunas di bahagian atas dahan akan mengeluarkan dahan tengah, tunas di bahagian bawah dahan akan mengeluarkan dahan berjuntai dan tunas kiri serta kanan mengeluarkan dahan di kedua-dua bahagian berkenaan.  Arah dan kedudukan ini boleh menentukan bentuk bonsai dikehendaki.

Perlu diingat, tangkai daun dan daun yang selalu dicantas boleh mengecilkan daun serta melebatkannya.

 

Membaja

Pokok bonsai lazimnya ditanam dalam pasu kecil dan certek serta berbeza daripada pasu pokok biasa.  Ia memerlukan nutrient dan air yang mencukupi untuk tumbersarannya.  Bagi yang paling sesuai ialah baja organic seperti NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10. Walaupun dari segi peratusan NPK-nya rendah, namun ia dapat memberi nutrient secara perlahan-lahan dan tidak memasamkan tanah.  Pokok bonsai boleh dibaja dalam tempoh empat hingga enam minggu sekali dengan sukatan 30 g setiap pasu.

 

Serangan Penyakit Dan Serangga

Pokok bonsai seperti pokok hiasan lain tidak terlepas daripada serangan penyakit dan serangga.  Tidak dinafikan, kawalan kebersihan mesti ditentukan setiap masa, selain memastikan suasana persekitaran berada dalam keadaan sempurna, termasuk suhu (28 hingga 32°C), kelembapan, cahaya yang banyak dan udara sihat serta tidak tercemar.

Bagi menghalang penyakit, gunakan racun kulat seperti benomyl, thiram dan captan, manakala untuk menghapuskan serangan serangan, racun yang sesuai digunakan ialah malathion dan diazinon.

Pokok bonsai boleh hidup sehingga 200 tahun bagi jenis tertentu. Ini bermakna ia adalah sejenis pokok saka.  Untuk mengekalkan bentuk dan ukurannya, pastikan kerja cantasan, pendawaian dan pengurusannya yang lain sentiasa dibuat sepanjang hayatnya.