BUNGA KERTAS: TEKNIK PEMANGKASAN

Bunga Kertas (Bougainvillea) tergolong sebagai pokok serba boleh.  Ia mudah mengeluarkan bunga dan mempunyai pelbagai ukuran.  Ia juga sesuai ditanam sebagai penutup bumi, rimbun, pagaran, berkelompok, bonsai, topiari dan espeliar.  Bunga kertas di bahagikan kepada tiga jenis spesies, iaitu Bougainvillea spectabilis, Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana.  Ada juga jenis lain yang berasal daripada kacukan (hybrid) atau, mutation.

 

BOUGAINVILLEA SPECTABILIS

Jenis menjalar, duri kasar dan dahan tidak berbulu.  Bunganya indah berwarna merah dan ungu.  Pengeluaran bunga bermusim. Cabang dahan rapat dan pendek.  Kanopi padat dan berjambak di hujung (terminal).

 

BOUGAINVILLEA GLABRA

Jenis memanjat, melampai dan berduri kecil serta pendek.  Cabang dahan rapat dan pendek.  Berbunga sepanjang masa pada seluruhn dahan.  Bunganya tajam (Pointed), tiga segi dan pelbagai ukuran berwarna putih, merah mawar serta ungu.

 

BOUGAINVILLEA PERUVIANA

Jenis memanjat dan berduri.  Dahan berwarna hijau, melampai dan merebak.  Durinya pipis, lurus dan bengkok apabila matang.  Berbunga di hujung dan pada musim kering.  Bunganya kecil, bulat dan berkedut, berwarna merah ungu serta merah jambu.

 

BOUGAINVILLEA BUTTIANA

Jenis kacukan, memanjat dan besar.  Duri besar dan tegap.  Cabang dahan terbuka dan merebak.  Bunganya bulat, berwarna putih, kuning jingga, merah jambu dan berbunga sepanjang tahun.

 

TUHAN MEMANGKAS

Pemangkasan adalah kegiatan berterusan untuk bunga kertas supaya tumbesaran dan perkembangannya dapat dikawal.  Ia bertujuan menggalakkan berbunga, pertumbuhan daun, membentuk pokok, memelihara

kesihatan, peredaran udara, mendapatkan cahaya dan mengecil atau, merenekkan pokok.

Tidak semua tujuan ini dapat dicapai sekaligus sewaktu memangkas.  Dua atau tiga yang utama sudah mencukupi.  Tujuan lain boleh dilakukan pada waktu lain.

 

PERALATAN MEMANGKAS

  1. Kacip tangan – guna yang tajam dan bersih.  Pilih ukuran sesuai dengan dahan yang hendak dipotong.

Ukuran sederhana untuk dahan 2 cm dan ukuran besar untuk dahan 3 hingga 4 cm.

  1. Gunting Andaman – alat istimewa untuk buat topiari.  Digunakan untuk mendandan dahan hijau atau

pucuk bagi mendapat bentuk yang rata dan kemas.

  1. Kacip tangan panjang – diguna untuk memangkas dahan garis pusat 5 hingga 6 cm, terutama untuk

memotong dahan tua di pangkal pokok.

 

CARA MEMANGKAS

  1. Memotong balik – kaedah memotong dahan kepada ruas.  Potongan serong dibuat di atas ruas.

Tindakbalasnya ialah segala tunas yang terpendam atau rehat selama ini, akan mula keluar kerana

bahagian pangkal dahan sudah dipotong.  Dahan yang dipotong balik akan menggalakkan kanopi yang

padat, rimbun dan mengecilkan pokok keseluruhannya.

  1. Penjarangan – memotong dahan secara terpilih balik ke pangkalnya supaya kanopi pokok menjadi lebih

terbuka dan melampai.

Untuk mendapatkah bentuk yang dikehendaki, kedua-dua kaedah di atas boleh digunakan, tetapi pastikan tujuannya terlebih dahulu sebelum bertindak.  Kerja memangkas mesti dilakukan berterusan jika hendak mengekalkan pokok berbunga dan untuk dijadikan bentuk.  Biasanya pemangkasan dilakukan selepas pokok berbunga, diikuti dengan membaja dan memupuk tanah (top dressing) atau menukar tanah yang lama.

 

BENTUK

Bunga kertas bersifat serba boleh untuk langskap dan, mudah dibentuk.  Ada tiga bentuk asas yang boleh dilakukan:

  1. Piawai – potong semua dahan susur yang tumbuh supaya mendapat satu batang utama dari pangkal dan

dahan digalak bercabang 1 m dari atas tanah.  Segala dahan susur dipotong balik untuk menggalakkan

kanopi padat dan bulat.  Bentuk ini sesuai untuk semua jenis Bougainvillea spectabilis.

  1. Lampai – bentuk ini mempunyai satu hingga dua batang utama.  Dahan di bahagian atas dipangkas

(penjarangan) secara terlipih supaya dahan melampai dan merebak.  Ia adalah satu bentuk yang indah,

tetapi mengambil masa untuk melihat hasilnya.  Ini sesuai untuk Bougainvillea glabra dan Bougainvillea

peruviana.

  1. Rimbun – potong balik batang utama untuk menggalakkan tunas rehat mengeluarkan dahan yang padat

dan rimbun.  Sesuai untuk Bougainvillea spectabilis, Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana.

 

PEMBERSIHAN

Sebelum melakukan kerja-kerja pemangkasan, pembersihan pokok hendaklah dilakukan terlebih dahulu.  Ia membabitkan:

  1. Membuang sulur air, iaitu dahan yang besar berwarna merah perang apabila muda dan hijau apabila

matang serta daun lebar berwarna hijau tua berdahan rapuh.  Sulur air ini akan bersaing dengan dahan

berbunga untuk mendapat air dan nutrient.  Selalunya jambak bunga dari sulur adalah jarang dan kurang

menarik.

  1. Dahan mati disebabkan pemangkasan terdahulu yang jauh dari ruas.
  2. Dahan berpenyakit,
  3. Dahan patah atau sekah,
  4. Puntung dahan (stubs) disebabkan pemangkasan yang tidak betul,
  5. Dahan berselang-seli dan bergeseran.  Lukanya boleh menyebabkan penyakit.
  6. Kuntum bunga lama perlu dipangkas supaya kelihatan bersih.
  7. Daun kekuningan dan berpenyakit perlu dibuang.
  8. Dahan lemah yang boleh mengakibatkan sekah atau patah pada masa akan datang.

Selepas selesai melakukan kerja pembersihan, bolehlah dilakukan pemangkasan sebenar hingga selesai.