BUNGA KERTAS: TEKNIK PENANANAM

Bab ini akan membincangkan pelbagai teknik penanaman penanaman pokok bunga kertas.  Ia mudah ditanam dan dapat tumbuh di kebanyakan jenis tanah.  Ketahui teknik penanaman yang betul untuk mendapatkan pokok yang sentiasa sihat dan subur.

 

PENANAMAN DALAM PASU

Bekas tanaman yang diperbuat daripada tanah liat dan plastik oleh didapati dalam pelbagai bentuk serta ukuran.

Sebelum membuat piliha, beberapa perkara penting mengenai bekas tanaman perlu di perimbangkan, antaranya:

  1. Mempunyai lubang untuk saliran.
  2. Tidah mudah pecah.
  3. Ringan supaya mudah diangkat dan diubah.
  4. Mudah dibersihkan.
  5. Kemas dan menarik.
  6. Murah.

Pasu yang baru dibeli atau pasu yang sudah digunakan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diguna.

 

PERSEDIAAN TANAH

Pelbagai jenis bahan penanaman boleh dicampur untuk menghasilkan campuran tanah yang sesuai. Pastikan ia mempunyai daya menyimpan air dan baja yang baik, tidak mudah padat, tidak mengandungi bahan toksik atau perosak, mudah diperolehi dan dapat digunakan untuk pelbagai jenis tumbuhan.

Campuran tanah yang lazim digunakan ialah campuran tanah pasuan John Innes, pada kadar tiga bahagian isi padu tanah atas dua bahagian isi padu bahan organik (tanah gambut, najis haiwan yang kering/reput dan serkam padi) dan satu bahagian isi padu pasir (seeloknya pasir kasar atau pasir sungai).

Untuk setiap semeter padu campuran, masukkan 4.2 kg baja fosfat (Triple Super Phosphate atau baja organik) dan 2.7 kg kapur pertanian (Ground Magnesium Limestone) sebagai baja permulaan.

 

MEMASU

  1. Masukkan batu kecil atau pecahan pasu berukuran 2 hingga 3 cm sampai pada aras suku pasu.
  2. Masukkan campuran tanah pasuan John Innes (3:2:1) sehingga separuh penuh.
  3. Keluarkan anak pokok Bougainvillea dari bekasnya dengan cermat, potong bahagian bawah bebola akar

dan letak di tengah pasu.

  1. Tambah campuran tanah pasuan di sekeliling bebola akar sehingga 2 cam dari bahagian atas pasu.  Hentak

pasu perlahan-lahan beberapa kali supaya tanah mampat di sekeliling bebola akar

  1. Siram sehingga nampak air mengalir keluar dari bawah lubang pasu.
  2. Letak pasu di tempat teduh tujuh hingga 10 hari, kemudian bolehlah diubah ke tempat yang dikehendaki.

 

PENANAMAN ATAS TANAH

  1. Gali lubang berukuran 60 x 60 x 60 cm atau 200 x 100 x 100 cm, bergantung kepada ukuran bebola akar

Bougainvillea yang hendak ditanam.  Lubang tanaman hendaklah sekurang-kurangnya dua kali ganda

daripada ukuran bebola akar pokok.

  1. Tanah yang digali hendaklah dibuang jika jenis tanahnya berbatu atau tanah liat.  Masukkan campuran

tanah (3:2:1) sehingga separuh lubang.

  1. Masukkan pokok di tengah lubang.
  2. Masukkan campuran tanah di sekeliling bebola akar sehingga penuh libang tanaman.  Tekan perlahan –

lahan di sekeliling bahagian luar bebola akar untuk memandatkan tanah.

  1. Siram sehingga basah keseluruhan bahagian tanah campuran.
  2. Tutup keliling pangkal pokok dengan sungkupan (rumput kering) setebal 7 hingga 10 cm.  Sungkupan boleh

mengekalkan kelembapan tanah dan menghalang pertumbuhan rumpai