BUNGA MATAHARI

Biji kuaci yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran.  Ia amat digemari, terutama di kalangan kaum Cina.  Kuaci menjadi satu memestian bagi mereka pada musim perayaan.  Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa biji kuaci itu datangnya daripada pelbagai jenis bunga matahari.  Pokok bunga matahari berasal dari keluarga pokok Asteraceau dan mempunyai 70 spesies pokok semusim serta herba saka yang berasal benua Amerika Selatan dan Utara.

Selain biji benih bunga matahari dibuat kuaci, ia juga digunakan sebagai makanan burung dan dijadikan minyak masakan. Sebagai pokok hiasan, bunga matahari adalah pokok semusim yang hidup dalam tempoh 14 hingga 18 minggu sahaja.

Ia sesuai ditanam di atas batas sebagai pokok latar, terutama jenis tinggi, di samping ditanam berkelompok dan digabungkan bersama pokok hiasan lain seperti jenis kenit.  Pokok bunga matahari jenis saka misalnya, boleh ditanam dalam pasu untuk hiasan di anjung atau beranda kerana ia mempunyai pelbagai warna seperti jingga, gangsa dan tembaga.

Selain berbunga lebar, besar dan berwarna terang menyala, pokok bunga matahari dapat memberi tumpuan istimewa dalam lanskap.

 

Jenis-Jenis Pokok Bunga Matahari

Terdapat beberapa jenis pokok bunga matahari yang hanya sesuai sebagai pokok hiasan taman.  Pokok ini sesuai ditanam sebagai pokok pasuan atau batas dan kebanyakan yang ada ialah baka kacukan.

Antara jenis pokok bunga matahari ialah:-

  1. Helianthus annus – setinggi 1 hingga 3 m. Semusim. Berbunga tunggal 30 cm besar dalam tempoh 14 hingga 16 minggu selepas ditanam.  Sering digunakan sebagai pokok latar kerana ketinggiannya.  Bertekstur kasar dan togel serta adakalanya terpaksa dipancang.  Antara pokok bunga matahari yang diminati ramai ialah Russian giant (1.5 hingga 3 m tinggi); Sunsport (1 m tinggi dan berbunga 25 hingga 30 cm besar); Lemon Queen (1.5 hingga 2 m tinggi dan berbunga kuning-jingga 20 hingga 25 cm lebar).
  2. Helianthus x multiflorus – setinggi 1 hingga 1.5 m. Tegak dan mempunyai silara padat. Berbunga kuning terang sebesar 8 hingga 10 cm lebar.  Bertekstur kasar dan sesuai ditanam berkelompok di atas batas bersama pokok hiasan lain atau di dalam pasu.  Jenis yang popular ditanam ia lah Capenoch star (kuning limau setinggi 1.5 m); Loddon gold (kuning tua, berlapis dan setinggi 1.5 hingga 2.5 m); Morning sun (kuning dan kuning coklat di tengah, setinggi 1.5 hingga 2m).
  3. Helianthus x Multiflorus – kacukan H.annus x H. decaptelalus.

 

Penanam

Pokok bunga matahari ditanam dan dibiak dengan menggunakan biji benih.  Biji beneh mudah didapati dan boleh dibeli dalam paket di kedai bunga atau di pusat semaian.  Sebelum menyemai biji benih, terlebih dahulu disediakan perkara berikut:-

  1. Rawatan biji benih – dirawat sebelum disemai dengan hanya mendebukan racun kulat seprti thiram dan captan untuk mencegah penyakit lecuh yang boleh menyebabkan kemusnahan banyak anak pokok.
  2. Campuran tanah semain dan tapak semain – mengandungi bahan dan sukatan dua bahagian tanah peroi, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir. Baja asasnya mengandungi baja fosfat dan kapur berjumlah 100 hinga 150g setiap campuran. Seeloknya bahan diayak (1 cm) untuk mendapatkan berbutir seragam.
  3. Tapak Semaian – boleh guna pasu biasa atau kotak plastic serta pastikan ada lubang saliran air dan pengudaraan.

 

Cara Menyemai

  1. Isi selapis batu kelikir atau perpihan pasu di bahagian bawah pasu dan isikan campuran tanah.
  2. Padat, ratakan dan siram campuran tahan.
  3. Biji benih yang sudah dirawat disemai secara tabor rata atau saluran dan tutup dengan campuran tanah semaian setebal lebih kurang 1 cm.
  4. Tutup tapak semaian dengan kertas plastik. Dalam tempoh tujuh hingga 10 hari, biji benih akan cambah dan letak pasu kepada pendedahan cahaya matahari waktu pagi.
  5. Apabila anak pokok sudah mengeluarkan tiga atau empat helai daun, alih anak pokok ke dalam pasu atau batas yang disediakan.

 

             Pengurusan Persekitaran

  1. Cahaya – memerlukan cahaya penuh dan tempat terbuka.
  2. Suhu – memerlukan suhu 29 hingga 30°C, sesuai ditanam dalam iklim tropika.
  3. Kelembapan – memerlukan kelembapan tinggi (25 peratus) dan ditanam berkelompok serta menggunakan sungkupan.
  4. Tanah – bertekstur gembur dasn peroi; tinggi dalam bahan organik; boleh menyerap air tetapi tidak terlampau basah dan mempunyai pengudaraan serta saliran air yang baik.

 

 Pembajaan

Mempunyai akar serabut yang padat dan kerap mengambil nutrien untuk memperolehi pokok sihat

serta segar.  Untuk tanaman atas batas, sukatan NPK 15:15:15 yang diambil sebanyak 150 hingga 200g

bagi setiap meter dan diberi baja sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu.  Untuk tanaman dalam

pasu pula, sukatan bajanya ialah 20 hingga 30 g setiap dua minggu sekali.  Kemudian dipupuk dengan

bahan organik dua hingga tiga minggu sekali untuk menentukan tekstur tanah selalu gembur dan peroi.

 

              Pengurusan Perosak

Pengurusan perosak perlu dilakukan secara rutin dan berterusan, terutama pada musim hujan.

Keadaan lembap dan basah menyebabkan pokok bunga matahari mudah diserang, terutama oleh

penyakit kulapuk yang menyerang bunga, daun dan batang.  Racun kulat seperti benomyl, thiram,

captan dan maneb holeh digunakan.

Pokok bunga matahari behas daripada serangan serangga koya dan terip, tetapi sekali-sekala mendapat

serangan kutu daun.  Untuk mengegahnya, gunakan racun ulat serangga seperti malathion dan diazinon

 

             Pembiakan

Dibiak menggunakan biji benih yang matang dan masak.  Ia perlu dikeringkan terlebih dahulu

sebelum

disemai dan mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk cambah.