Category: general

BUNGA KERTAS: TEKNIK PENJAGAAN

Bunga kertas (Bougainvillea) ia lah sejenis tumbuhan renek yang cantik dan menarik.  Ia diminati kerana bunganya yang berwarna-warni kembang sepanjang tahun, tahan dipangkas, boleh dibentuk, hidup di kebanyakan jenis tanah, serta cuaca dan boleh ditanam di dalam pasu atau atas tanah. Namun begitu, kerap kali terdengar rungutan kebanyakan penggemar tanaman ini mengenai masalah pokok kurang […]

KESIDANG

Pokok hiasan, selain ditanam untuk membangkitkan nilai estetika seperti memberi warna, bentuk atau naungan, ia juga boleh memberikan suasana yang nyaman dan mengharumkan taman.  Bayangkanlah dalam sebuah taman dipenuhi pelbagai jenis pokok bauan seperti melur, melati putih kemuning, santalia dan sedap malam, sudah tentu kawasan taman dan ruang dalam rumah harum dengan bauan yang wangi […]

KEKWA

Bunga kekwa ataupun Chrysanthemum adalah sejenis bunga keratan iklim sederhana yang banyak diusahakan di Cameron Highlands.  Ia juga adalah pokok herba daripada keluarga Composite yang berasal dari China, Jepun dan Tibet.  Pelbagai jenis bunga kekwa berjaya dikacukkan untuk tujuan komersil.  Usaha kacukan bunga kekwa banyak dilakukan di Amerika, Holland, England dan Jepun.  Bunga yang berjaya […]

KAKTUS

Kaktus adalah sejenis pokok yang berasal dari kawasan gersang, kering dan panas.  Ia dapat dibezakan daripada pokok biasan lain kerana mempunyai tisu untuk menyimpan air.  Ia kini popular sebagai tanaman hiasan, baik di kediaman persendirian mahupun di pejabat. Pokok kaktus berasal daripada keluarga Cactaceae dan dibahagikan kepada tiga subkeluarga, iaitu:- Pereskieae – berdaun, bertankai dan […]

HERBA SAKA HIASAN

Pokok herba saka hiasan adalah sejenis kumpulan pokok hiasan yang selalu digunakan dalam langskap.  Pokok herba saka mempunyai bunga dan daun yang berwarna-warni, dengan bentuk serta tekstur yang menarik serta indah.  Antara pokok herba saka yang popular dan selalu ditanam ialah pokok bunga tasbih (Canna), sepit udang (Heliconia, Strelitzia), calathea, Alpinia dan lili. Keistimewaan pokok […]

HALIA MERAH

Halia merah (Alpinia) adalah sejenis halia hiasan yang mengeluarkan bunga berwarna merah dan merah jambu.  Ia tergolong sebagai pokok herba saka berumpun dan mempunyai rizom seperti Heliconia dan setawar (Costus).  Selain menjadi pokok hiasan, ia juiga boleh ditanam di dalam pasu.  Antara jenis halia merah yang selalu ditanam ialah Alpnia pupurata (red ginger) manakala jenis […]

HALIA HIASAN

Halia lazimnya di gunakan sebagai bahan masakan dan perubatan, namum sejak kebelakangan ini ia turut menjadi pilihan untuk ditanam sebagai pokok herba saka hiasan.  Tanaman ini mempunyai ciri-ciri istimewa terutamanya pada daun dan bunga yang berwarna-warni, malah ada juga jenis yang berbunga harum. Halia tergolong dalam keluarga Zingiberaceae yang mempunyai lebih 1,200 spesies dengan 1,000 […]

GUBAHAN TAMAN KECIL

Tentu anda pernah melihat model rumah tradisional, pokok kelapa dan jambatan dihasilkan dalam ukuran mini untuk dijadiakn hiasan menarik di dalam rumah.  Sesetengahnya mengumpul barangan mini ini menjadi sebuah taman comel yang disusun di sudut ruang, lazimnya bawah tangga.  Tentu anda juga teringin menyediakan taman yang serupa di kediaman sendiri, yang biasanya digubah dalam bekas […]

CUPING GAJAH

Pokok cuping gajah (Anthurium spp) ialah sejenis tumbuhan keladi panjat yang berasal dari Amerika tropika. Terdapat lebih kurang 600 spesies cuping gajah daripada keluarga keladi (Araceae). Kecantikan dan keistimewaan cuping gajah terletak pada bunganya yang berbentuk cuping (spathe) dan satu lagi berbentuk seperti belalai [spadix) yang berwama serta berkilat [waxy). Daun cuping gajah juga menarik, […]

Cekur

Di kalangan masyarkat kampung, pokok cekur adalah sejenis tanaman tradisional yang selalu digunakan sebagai ulam dan merawat penyakit seperti sakit kepala, mual serta gastrik.  Cekur ialah pokok herba saka yang berizom dan berumpun.  Tanaman ini mempunyai ketinggian 15 hingga 30 cm serta mengeluarkan daun berwarna hijau tua dan berbelang.  Bunganya pula berwarna ungu dan mempunyai […]