CUPING GAJAH

Pokok cuping gajah (Anthurium spp) ialah sejenis tumbuhan keladi panjat yang berasal dari Amerika tropika. Terdapat lebih kurang 600 spesies cuping gajah daripada keluarga keladi (Araceae). Kecantikan dan keistimewaan cuping gajah terletak pada bunganya yang berbentuk cuping (spathe) dan satu lagi berbentuk seperti belalai [spadix) yang berwama serta berkilat [waxy). Daun cuping gajah juga menarik, berbentuk hati, hijau berkilat dan ada yang berbelah wama hijau tua dengan urat daun wama perak.

Secara komersil, cuping gajah ditanam sebagai bunga keratan di atas batas seperti di Cameron Highlands. Untuk halaman rumah pula, cuping gajah ditanam di dalam pasu sebagai pokok hiasan dalaman atau ditanam berkelompok di atas batas bersama pokok hiasan lain untuk mendapatkan reka bentuk tanaman yang menarik.

Selain menentukan kesegaran dan kesihatan pokok, faktor persekitaran juga mesti diambil kira supaya ia dapat hidup sempurna.

JENIS-JENIS CUPING GAJAH

Walaupun ada kira-kira 600 spesies pokok cuping gajah, hanya sekumpulan kecil sahaja didapati sesuai ditanam sebagai pokok hiasan dan ia juga sejenis pokok epifit [epiphyte) yang mempunyai akar melekap serta menumpang di pokok lain.

 

Anthurium andreanum

Berasal dari Columbia, Amerika Selatan, dengan ketinggian 30 cm, daun berbentuk hati, berwama hijau tua dan berkilat. Berbunga merah atau putih (spathe) selebar 8 hingga 9 cm dan spadix 6 hingga 7 cm panjang.

 

Anthurium scherzerianum

Satu lagi jenis berbunga, dengan ketinggian 20 hingga 25 cm, berdaun sedikit tirus dan berwama hijau tua. Spathe merah tua berkilat dan spadix berputar.

 

Anthrium crystallinum

Jenis berdaun, dengan panjang 30 hingga 45 cm. Berwama hijau tua bentuk hati dan berbaldu. Urat daun berwama seakan perak.

 

SUHU DAN CAHAYA

Pokok cuping gajah berasal dari kawasan iklim tropika, serupa dengan cuaca di negara ini yang bersuhu 28 hingga 32 °C.  Oleh itu, tidak banyak pengubahsuaian perlu dilakukan. Ia juga tidak begitu sesuai didedahkan kepada sinaran matahari yang panas terik kerana boleh menyebabkan daun dan bunga melecuh. Sebaliknya, ia memerlukan naungan lebih kurang 15 hingga 25 peratus dan sesuai diletakkan di bawah rimbunan pokok, anjung dan beranda.

Pokok cuping gajah juga boleh ditutup dengan jaring plastik hijau untuk mendapat naungan, tetapi pastikan peratusan cahaya yang diperlukan mencukupi. Jika terlalu dilindungi juga boleh menghasilkan kelembapan yang tinggi.

 

AIR DAN UDARA

Air dan udara adalah dua unsur penting untuk menentukan kesuburan pokok cuping gajah. Sungguhpun kadar kelembapan sekelilingnya tinggi, iaitu 85 peratus, pokok ini tidak suka kepada tanah atau tapak yang terlampau basah dengan keadaan air bertakung. Cuping gajah juga tidak sesuai ditanam di tempat yang terkepung seperti di sudut yang jarang berlaku peredaran udara dan menyebabkan kesihatan pokok teijejas.

 

MEDIA/SERPIHAN

Cuping gajah sesuai ditanam dengan campuran tanah yang mempunyai banyak bahan organik. Pastikan ia berongga dan gembur, mempunyai saliran air serta pengudaraan yang baik, selain mendapat nutrien yang mencukupi. Campuran tanah yang sesuai harus mengandungi tiga bahagian tanah, dua bahagian organik (tanah gambut) dan satu bahagian pasir sungai. Baja asas yang dicampurkan bersama ialah baja organik NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 dan kapur pertanian, dengan sukatan 2.5 hingga 3 kg bagi setiap meter padu campuran.

Untuk menanam pokok cuping gajah di dalam pasu, masukkan serpihan terlebih dahulu dan susun dengan baik bagi membantu saliran air dan pengudaraan. Kemudian, masukkan campuran tanah lebih kurang setengah bahagian pasu dan tanam pokok cuping. Tentukan aras tanaman yang betul supaya pokok tidak ditanam terlampau dalam atau cetek.

Pokok yang sudah ditanam hendaklah disiram dan diletakkan di tempat bemaung selama beberapa hari sehingga pucuk barn keluar.

 

PEMBIAKAN

Selalunya cuping gajah dibiak secara vegetatif, iaitu menggunakan sulur atau silara akar.

 

Sulur

Cuping gajah yang sudah matang dan berbunga mempunyai rumpun besar kerana banyak sulur keluar daripada batang utama yang mula-mula ditanam dahulu.  Sulur berakar ini boleh diceraikan daripada rumpun utama untuk mendapatkan bahan tanaman, kemudian terus ditanam.

 

Silara Akar

Silara akar ialah satu bahagian vegetatif antara bahagian akar dengan pucuk.  Ia mempunyai ruas, mata tunas dan akar yang dikerat 5 hingga 10cm panjang, kemudian ditanam di dalam pasir untuk perakaran dan pengeluaran pucuk.

 

MEMBAJA

Sungguhpun campuran tanah untuk menanam cuping gajah mengandungi banyak bahan organic, ia masih tidak mencukupi untuk memberi nutrien bagi tumbesaran tumbuhan.  Oleh itu, baja tambahan perlu diberikan dari semasa ke semasa untuk menggalakkan pembungaan, di samping menentukan kesegaran dan kesihatan pokok.  Pelbagai jenis baja boleh digunakan, tetapi paling sesuai ialah baja organik seperti NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 untuk menggalakkan kehijauan manakala untuk berbunga pula hendaklah menggunakan baja NPK 12:12:17+2.  Patuhi sukatan yang disediakan pada label.

 

PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk mengelak penyakit dan serangga, bersihkan sekeliling kawasan.  Kumpul sampah sarap dan buang.  Pastikan segala kehendak persekitaran seperti suhu, kelembapan, cahaya, naungan dan sebagainya tidah diberi berlebihan sehingga boleh menjejas kesihatan dan kesegaran pokok. Selalunya serangga dan penyakit akan menyerang cuping gajah pada mmusim hujan, jadi langkah pencegahan hendaklah kerap dilakukan.

Untuk mencegah serangan serangga, bolehlah gunakan racun jenis diazinon, dicofol captafol, melathon dan fenamiphos manakala untuk kulat, gunakan racun benomyl, captan dan thiram.  Rujuk label yang diberkan untuk mengetahui cara semburan dan sukatannya.