GUBAHAN TAMAN KECIL

Tentu anda pernah melihat model rumah tradisional, pokok kelapa dan jambatan dihasilkan dalam ukuran mini untuk dijadiakn hiasan menarik di dalam rumah.  Sesetengahnya mengumpul barangan mini ini menjadi sebuah taman comel yang disusun di sudut ruang, lazimnya bawah tangga.  Tentu anda juga teringin menyediakan taman yang serupa di kediaman sendiri, yang biasanya digubah dalam bekas kecil.  Ini bermakna penyediaan tanah mesti diusahakan dengan rapi dan lengkap.

 

CAMPURAN TANAH

Campuran tanahnya terhad dan pastikan ia dalam keadaan gembur serta berongga, selain mempunyai saliran air dan pengudaraan yang baik serta nutrien yang mencukupi.

Campuran tanah sepatutnya mengandungi sukatan dua bahagian tanah peroi, satu bahagian bahan organik seprti tanah gambut dan satu bahagian pasir sungai yang sangat sesuai untuk penghasilan taman kecil.

Selain itu, berikan baja asas untuk meninggikan nutrien dan menentukan kemasan tanah mepada Ph5.5 hingga Ph6.5.  Pelbagai baja organik boleh digunakan, yang mengandungi NPK 8:8:8 atau 10:10:10 dan kapur-GML.  Sukatan untuk kedua-duanya ialah 100 hingga 150 g bagi setiap bekas taman berukuran 90 x 90 cm.

Satu lagi campuran yang didapati istimewa ialah campuran tanah gambut dan pasir dengan nisbah 1:1.

 

BEKAS

Bekas yang digunakan untuk taman kecil biasanya menggunakan papan kayu, pasu bonsai, pasu leper (flat pots) dan pasu simenferro.  Ia boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan warna.

 

BAHAS HIASAN

Untuk mencantikkan lagi taman, ia boleh dihiasi dengan batu berwarna-warni, patung plastic, kayu hanyuit (drift wood), lumut hijah, batu kerikil dan serpihan marmar.  Bahan hiasan ini didapati sangat sesuai bagi menyeimbangkannya dengan bekas dan pohon yang ditanam.

 

POKOK PILIHAN

Antara pokok yang sering digunakan untuk taman kecil ialah keramak bunga (Alternanthera), spider plant (chlorophytum cosmosum), ati-ati (Coleus), balsam (Impatioens sultani), Pepromia, Pilea, African violet (Sainpaulia), gloxinia (Sinninggia speciose), Cuphea, Torenia Fournier, Crossandra, aralia (Polyscias fidicifllia), Espiscia cupreata, Fittonia, benalu merah (Hemingraphis colorata), Pellionia daveuna, bunga Jepun (Portulaca granadiflora), Zebrina pendula, Agloenema, Begonia, keladi (Caladium), Dracaena godseffiana, lidah biawak (Sansevieria) dan Rhoeo spathacea.

 

CARA MENANAM

Sebelum memulakan penanaman, terlebih dahulu lukis pelan reka bentuk taman mengikut tema diingini, misalnya kampungku, taman kolam atau taman gurun (sand garden).  Dengan adanya pelan ringkas itu, bolehlah ditentukan lokasi tanaman dan bahan hiasan serta jenis dan jumlah pokok yang hendak ditanam.

Kemudian sediakan bekas dan masukkan batu kerikil di dasarnya setebal 2 hingga 3 cm sebagai penapis.  Seterusnya masukkan campuran tanah sehingga dua pertiga aras pasu dan ratakan sebelum boleh ditanam pokok.  Susun segala pokok mengikut pelan tadi, sama ada secara kelompok atau tunggal.

Selepas selesai semuanya, timbun dengan satu pertiga lagi tanah.  Kemudian, hias dengan bahan seperti batu, patung dan lumut.  Akhir sekali, siram dan letakkan di tempat naungan sementara.

 

PEMBAJAAN

Pokok hiasan yang sering menjadi pilihan ialah jenis pokok yang lambat membesar dan selalunya ditanam secara berkelompok untuk mendapatkan satu gubahan indah.  Oleh itu, jenis baja yang paling sesuai ialah baja organik kerana mengandungi nutriet yang rendah, di samping dapat memberi nutrient secara perlahan-lahan dalam jangka masa lama.

Baja organic tidak menggalakkan pertumbuhan cepat yang boleh mengakibatkan pokok menjadi besar (oversize).  Baja organic yang mengandungi NPK 8:8:8 atau 10:10:10 amat sesuai untuk taman kecil, dengan sukatan 30 hingga 40 g atau satu sudu besar setiap pasu, sekali dalam tempoh 12 hingga 16 minggu.  Baja boleh ditabur rata dan dipecahkan sedikit tanah.

 

PEMANGKASAN

Pokok untuk taman kecil dipilih daripada pokok yan lambat membersar, tetapi ada kalanya tidak dapat dielakkan satu dua jenis pokok berkenaan akan membesar juga dan hilang bentuknya, menyebabkan gubahan berubah.  Di taman kecil, pemangkasan dilakukan kepada pokok yang hilang bentuk, dahan mati, berpenyakit serta daun dan kuntuman bunga layu.

 

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Pokok hiasan di taman kecil tidak terlepas daripada serangan penyakit dan serangga seperti pokok lain young di taman dalam pasu atau atas tanah.  Oleh itu, utamakan kawalan kebersihan (sanitation) dari awal lagi seperti memilih pokok yang sihat dan segar, sampah sarap dibuang dan dibakar serta pastikan pokok diberi suasana optimum berkaitan suhu, kelembapan, cahaya dan udara.

Tidak banyak penyakit menyerang pokok di taman kecil.  Pastikan campuran tanah tidak terlalu lembap dan pokok yang terlalu tebal hendaklah dipangkas sudurnya, termasuk dahan serta daun yang mati.  Racun lalat seperti benomyl, dithane, thiram dan captan sesuai digunakan, tetapi patuhi peraturan yang diberi.

Serangga sering menyerang apabila kelimbapan sekeliling terlalu rendah.  Koya, kutu terip, hamama dan

kutu daun adalah antara serangga yang kerap menyerang.

Oleh itu, sembur air dan lembapkan pokok sekali-sekala kerana serangga tidak suka kelembapan.  Bagi kawalan rutin, guna racun serangga seperti malathion dan diazinon carbaryl.

 

MEMASU SEMULA

Pokok dan tanah di taman kecil perlu ditukar selalu dalam jangka masa setahun kerana akar biasanya sudah

bersabut dan tekstur tanah serta nutrien sudah kehabisan.  Apabila ini berlaku, keseluruhan taman perlu dirombak, dengan mengeluarkan pokok, bahan hiasan dan tanah.

Untuk tanaman semula, ikuti langkah memasu yang diberikan.  Malah jika perlu, tukar reka bentuk dan gubahan kepada tema lain yang lebih menarik.

Taman kecil yang digubah semula ini boleh menghiasi ruang kediaman seperti anjung, beranda atau di halaman.  Pastikan ia menerima naungan 25 peratus.