HERBA SAKA HIASAN

Pokok herba saka hiasan adalah sejenis kumpulan pokok hiasan yang selalu digunakan dalam langskap.  Pokok herba saka mempunyai bunga dan daun yang berwarna-warni, dengan bentuk serta tekstur yang menarik serta indah.  Antara pokok herba saka yang popular dan selalu ditanam ialah pokok bunga tasbih (Canna), sepit udang (Heliconia, Strelitzia), calathea, Alpinia dan lili.

Keistimewaan pokok herba saka hiasan ialah pertumbuhannya berumpun (clumps) dan rumpun ini mempunyai sulur, umbi, umbisi, bebawang, umbi akar serta silara akar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan (storage organs).  Organ-organnya pula boleh digunakan sebagai bahan pembiakan satu jenis pokok herba saka.

 

Asasnya, tumbesaran pokok herba saka selepas ditanam, akan mengeluarkan pucuk dan daun.  Selepas itu, ia berbunga dan seterusnya bahagian atas pokok akan mati mengikut cuaca seperti musim kemarau.  Bagaimanapun, rumpun atau organ khas yang ada di dalam tanah terus hidup dan berehat (dormancy), tetapi tidak membesar untuk beberapa minggu.  Pokok herba saka mungkin melalui tempoh ‘rehat’ selama satu atau dua tahun, mengikut jenis.

Apabila hujan dan tanah basah serta lembap, organ-organ di dalam tanah akan berkembang, pokok pun mula, mengeluarkan pucuk baru, lalau kehidupannya berkitar semula.

Selain organ khas digunakan untuk menyimpan makanan, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan pembiakan.  Sungguhpun bahan itu banyak, cara pembiakan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu belahan (division) dan ceraian (separation).

 

BELAHAN

Mengikut cara ini, rumpun atau organ khas dikerat atau dipotong dengan pisau.  Organ khas yang dibiakkan secara belahan ialah:

(a) Rizom – bunga tasbih dan sepit udang.

(b) Setolon – pudina dan sirih gading.

(c) Silara akar – cuping gajah.

(d) Lelari – Hemigraphis sp.

(e) Umbi – Keladi hiasan.

(f) Umbiakar – dahlia

 

Cara Penanam

  1. Rumpun tau dicungkil dan dibersihkan.
  2. Bahagian atas (pucuk dan dahan) dipangkas, tinggalkan 15 hingga 20 cm bahagian atas.
  3. Kerat rumpun menggunakan pisau atau parang tajam.
  4. Tanam.

Organ khas seperti silara akar, lelari, umbi serta umbi akar dikerat berkeping dan pastikan sekurang-kurangnya ada satu ruas dan tunas, kemudian tanam.

 

CERAIAN

Selalunya organ-organ khas yang sudah terbentuk sempurna mempunyai pucuk dan akar yang sedia diguna.  Organ baru ini akan keluar daripada organ induk apabila ia tua dan matang.  Organ khas yang dibiak cara ini ialah:

  1. Umbisi – gladiolus dan sengkuang cina.
  2. Bebawang – sundal malam dan tembaga suasa.
  3. Sulur – cuping gajah dan keladi hiasan.

 

Cara Penanaman

  1. Cungkil dan keluarkan organ.
  2. Bersihkan tanah yang melekat.
  3. Ceraikan ‘anak-anak’ daripada pokok induk.
  4. Tanam.

 

Kedua-dua pembiakan hendaklah diberi naungan 25 peratus selepas ditanam.  Apabila pucikl baru mulai tumbuh, bolehlah dialih anak pokok untuk tanaman di atas batas yang sudah dicampurkan bahan organik dan baja asas.

Jika mahu ditanam di dalam pasu, gunakan campuran 3:2:1 berserta baja asas.  Antara pokok herba saka yang popular ditanam di dalam pasu sebagai hiasan dalaman dan luaran ialah Calathea, Maranta, Caladium, Authuruan, Andiantum, Asparagus, Sansievieria, Aloe, Spathiphyllum dan Dahlia.

Tanaman di atas batas pula, yang berfungsi sebagai penutup bumi atau tanaman kelompok, ialah Heliconia, Strelitzia, Canna, Alphinia, African daisies dan Bromeliads.  Patiskan ia ditanam di tempat terbuka dan menerima cahaya penuh supaya bunga berkembang indah.