KAKTUS

Kaktus adalah sejenis pokok yang berasal dari kawasan gersang, kering dan panas.  Ia dapat dibezakan daripada pokok biasan lain kerana mempunyai tisu untuk menyimpan air.  Ia kini popular sebagai tanaman hiasan, baik di kediaman persendirian mahupun di pejabat. Pokok kaktus berasal daripada keluarga Cactaceae dan dibahagikan kepada tiga subkeluarga, iaitu:-

  1. Pereskieae – berdaun, bertankai dan bertulan daun tengah. Berbentuk seperti pokok rimbun sehingga

     mencapai ketinggian 3 m dan batangnya berduri serta ada kalanya menjalar. Terdapat lebih kurang 15

spesies kaktus jenis ini.

  1. Opuntiaea – terbahagi kepada bentuk batang seperti pipih, bulat dan dompot bulat (globular), kadangkala

batangnya berbulu.

  1. Cerenae – batangnya mempunyai pelbagai bentuk dan lembut (succulent) serta mempunyai cabang beruas,

     bulat (cylindrical) dan bersiku.  Ia tidak berdaun, berduri dan mempunyai glochid.

 

PENANAMAN

Pokok kaktus akan bertambah sihat dan segar di dalam persekitaran terbuka serta banyak cahaya, tetapi tidak dapat hidup sempurna di dalam persekitaran yang lembap, basah dan bernaung.  Campuran tanah yang hendak digunakan mestilah peroi dan berongga untuk membolehkan pengaliran air serta udara yang baik supaya campuran tanah dalam keadaan kering.

Campuran tanah yang sesuai perlu mengandungi satu bahagian tanah peroi atau tanah bakar, satu bahagian bahan organik tanah gambut dan satu bahagian pasir.  Campuran ini perlu ditambahkan baja asas seperti baja organik NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 dan kapur (GML) dengan sukatan 100 hingga 150 g, kedua-duanya bagi keperluan 20 hingga 30 pasu kecil (Kira-kira 15 cm).

 

MENUKAR PASU

Pasu pokok kaktus perlu ditukar apabila akar sudah mulai berserabut di dalam pasu ataupun pokok sudah melampaui bekas.  Ini kemungkinan mengambil masa tiga hingga empat tahun bergantung kepada jenis kaktus.

 

Cara Menukar Pasu

  1. Keluarkan pokok dari pasu, berhati-hati dengan duri kaktus.  Gunakan sarung tangan.
  2. Pangkas akar yang sudah mati dan tanah lama.  Tanam semula dengan tanah campuran baru dan mungkin

juga menggunakan pasu yang besar sedikit.

 

MEMBAJA

Pokok kaktus perlu dibaja untuk menentukan kesegaran dan kesihatannya, tetapi tidak perlu kerap dan banyak.  Baja yang sesuai digunakan ialah baja organik seperti NPK 8:8:8 atau NPK 80:10:10. Jumlah baja yang perlu digunakan bagi pasu kercil 15cm ialah satu sudu kecil manakala pasu besar 25 cm ke atas memerlukan lebih kurang satu hingga satu setengah sudu besar (40 hingga 50 g) dan perlu diberikan 12 hingga 16 minggu sekali. Baja organik ditaburkan di atas tanah, kemudain pecah dan masukkan ke dalam pasu.

 

PEMBIAKAN

Cara yang selalu diguna untuk membiakkan pokok kaktus ialah vegetatif, iaitu menggunakan batang atau sulur, mengikut jenis tertentu.  Cara keratan batang pula selalunya menggunakan batang atau dahan yang sihat, segar dan matang.  Dahan itu hendaklah 15 cm hingga 30 cm panjang, mengikut jenis dan selepas dipotong, tinggalkan sehingga kelihatan tisu-tisu kaku mulai keluar.  Keadaan ini mengambil satu hingga dua minggu mengikut jenis dan pastikan kelembapan tidak melebihi had diperlukan sehingga mengakibatkan keratan reput.

Selepas keratan sempurna mengeluarkan akar, barulah boleh dialihkan ke dalam pasu tetap, menggunakan campuran tanah 1:1:1.  Bagi pokok kaktus yang mengeluarkan sulur, peralihan tempat tanaman hendaklah dilakukan dengan mencungkil sulur keluar dari pokok induk, tetapi berhati-hati dan pastikan sulur diambil berserta akar.  Selepas itu, tanam di dalam pasu menggunakan campuran tanah 1:1:1

 

Pokok kaktus juga boleh ditanam sebagai taman mini dan terrarium.  Cara menanamnya sama, cuma perlu ditanam pokok kaktus pelbagai jenis dalam satu gubahan yang indah.

Pasu pokok kaktus oleh juga deletakkan di tempat yang menerima cahaya matahari penuh pada waktu pagi, menjadikannya berfungsi sebagai window garden.

 

PENYAKIT DAN SERANGGA

Selalu, punca pokok kaktus rosak dan musnah ialah air dan kelembapan yang tinggi serta berterusan.  Keadaan ini perlu dikawal terlebih dahulu, termasuk cahaya dan naungan.  Serangan penyakit dan serangga selalunya tidak begitu ketara.  Bagaimana, sesekali perlulah disemburkan racun kulat atau setangga sebagai langkah pencegahan.

Serangga seperti koya, hamama dan kutu terip sering didapati menyerang pokok kaktus, selain reput batang dan akar.  Untuk kawalan, dinasihatkan supaya mengguna racun seragga sesperti malathion dan diazinon serta racun kulat seperti thiram, captan atau dithane.