KESIDANG

Pokok hiasan, selain ditanam untuk membangkitkan nilai estetika seperti memberi warna, bentuk atau naungan, ia juga boleh memberikan suasana yang nyaman dan mengharumkan taman.  Bayangkanlah dalam sebuah taman dipenuhi pelbagai jenis pokok bauan seperti melur, melati putih kemuning, santalia dan sedap malam, sudah tentu kawasan taman dan ruang dalam rumah harum dengan bauan yang wangi serta segar sepanjang hari kerana pokok berkenaan mengeluarkan bau pada waktu tertentu.

Satu daripada pokok hiasan bauan yang istimewa, tetapi tidak dikenali ramai ialah pokok kesidang.  Ia juga dimenali sebagai pokok kerak nasi.  Pokok kesidang (Vallaris glabra) dalam keluarga Apocynaceae berasal dari Asia Tropika.  Ia tergolong dalam satu keluarga dengan pokok pong-pong (Cerbera odollum) dan susun kelapa (Tabernaemontana coronaria).  Sebagai pokok hiasan, pokok kesidang adalah sejenis pokok menjalar yang giat tumbersarannya dan dahan yang menjalar akan melilit kuat kepada apa jua sokongan berdekatan.

Bunganya yang berwarna putih mempunyai bauan seperti daun pandan wangi, berjambak dan akar berkembang dua atau tiga hari lamanya mengikut musim.  Pokok kesidang berbunga lebih kurang enam kali setahun, bergantung kepada pengurusannya.  Dari segi persekitaran, pokok kesidang ditanam di kawasan terbuka untuk mendapat cahaya matahari sepenuhnya.  Pastikan juga ia mendapat kelembapan yang tinggi (85 peratus) dan udara yang beredar tidak terkepung oleh pokok lain di sekeliling.

 

MENANAM

Pokok kesidang sesuai ditanam secara berkelompok atau tunggal di atas tanah, selain ditanam dalam bekas besar seperti tempayan.  Pada kebiasaannya, pokok kesidang ditanam di dalam taman sebagai tumbuhan pergola dan dilatih menjalar pada palang yang dibina.  Pokok kesidang juga sesuai ditanam di pintu gerbang yang menggunakan bingkai besi atau kayu supaya dahan dapar menjalar.

 

LUBANG TANAMAN

Tamah yang sesuai untuk pokok kesidang ialah jenis peroi yang gembur dan rongga, boleh membantu saliran air dan pengudaraan baik.  Campurkan dengan bahan organik seprti tanah gambut (50 hingga 70 kg) setiap satu lubang berukuran 60 x 60 x 60 cm.  Elok juga diberikan baja asas seperti baja organik NPK 10:10:10 dan kapur pertanian (dolomite) untuk menentukan memasaman tanah (keasidan) pada paras pH5.5 hingga pH6.5.  Untuk kedua-dua baja permulaan, sukatannya ialah 100 hingga 150 g setiap satu lubang tanaman.

Untuk tanaman dalam pasu, campuran tanah perlu mengandungi tiga bahagian tanah peroi, dua bahagian bahan organik (tanah gembur) dan satu bahagian pasir.

 

MELATIH DAN MEMANGKAS

Perlu diingatkan dan yang penting sekali ialah pokok kesidang hendkalah dilatih sejak awal lagi untuk melilit tiang pergola.  Galakkan batang utama tumbuh 1 m dari aras tanah dan dipotong balik (heading back) untuk menggalakkan ia bercabang, menjalar serta melilit tiang.

Selain itu, pokok kesidang boleh dilatih untuk menjadi bentuk tertentu seprti pokok renek biasa yang berbentuk lampai atau standard.  Ia dilakukan dengan memotong balik dahan utama 1.5 m dari aras tanah dan dilatih bercabang tanpa sokongan untuk dahan melilit.  Selalu pokok kesidang mula berbunga dalam tempoh lima hingga lapan bulan selepas ditanam.

 

PEMBAJAAN

Untuk menentukan kesihatan dan kesegaran pokok, kegiantan pembajaan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggalakkan tumbesaran vegetatif dan berbunga.  Baja dagangan seperti sebatian NPK 15:15:15 diberikan untuk menggalak tumbesaran vegetatif supaya mengeluarkan daun dan pucuk yang hijau sebelum berbunga.

Apabila berbunga pula, baja sebatian NPK 12:12:17+2 perlu diberi dan sukatan bagi kedua-dua baja ialah 150 hingga 200 g satu pokok, setiap enam atau lapabn minggu.  Letak di bahagian pangkal keratin dan ditanam dalam bahan perakaran yang disediakan.  Bahan perakaran seperti tanah gambut dan pasir pada nisbah 1:1 sesuai digunakan.  Selalunya keratin akan mengambil tempoh lapan hingga 12 minggu untuk berakar.

Pokok kesidang boleh dicambah (tut) untuk mendapat benih campuran.  Dahan keras atau separuh, dikelar di bawah ruas dahan, kemudian didebu dan disalutkan dengan penggalak akar sebelum dibalut dengan bahan perakaran yang dibungkus di dalam plastik.

 

PENYAKIT DAN SERANGGA

Selain baja kimia, perlu diberikan juga bahan organik yang dipupuk di permukaan tanah seperti tanah gambut, rumput kering atau baja asli.  Memupuk atau menambhakan bahan organik sungguh penting kerana ia memperbaiki tekstu tanah dan boleh dilakukan 8 atau 12 minggu sekali, dengan menggemburkan tanah sekeliling.

 

PEMBIAKAN

Pokok kesidang boleh dibiakkan dengan keratin dahan kayu keras atau separuh keras.  Panjangnya 45 hingga 60 cm dan pastikan ia dikerat berhampiran ruas.  Debukan dengan penggalak akar (rooting hormone).

Sebagaimana pokok hiasan lain, pokok kesidang tidak terlepas daripada serangan penyakit dan serangga, yang boleh dicegah dengan menggunakan racun serangga seperti diazinon dan malathion.  Untuk mencegah kulat pula, guna racun kulat seprti captan, thiram, benomyl dan dithane.

Apa pun, kawalan kebersihan penting untuk pokok hiasan.  Pastikan tiada sampah sarap di sekeliling kawasan yang ditanam.