MENGURUS TAMAN

Sebuah taman yang indah mempunyai pelbagai jenis pokok hiasan berwarna-warni, aneka bentuk, ukuran dan tekstur.  Ia juga mempunyai bermacam-macam cara pertumbuhan, misalnya berkelompok, tunggal dan memanjat di pergola atau pagar.  Ada juga yang ditanam di cerun, tepi beranda, kolam, longkang, pagar dan pinggiran jalan.

Sebuah taman juga mempunyai pokok yang daunyan berguguran, mengeluarkan sulur air, rumpun membesar, batas disulam semula, tanah digembur dan disungkup serta rumput taman dipotong. Semua ini adalah kegiatan berterusan yang dilakukan di taman.

Taman yang teratur dan bersih sudah tentulah cantik dipandang dan selesa untuk dinikmati seisi keluarga. Segala-galanya berpunca daripada bagaimana kita merancang sebuah taman untuk menentukan apa sebenarnya yang mahu diperolehi dan seterusnya menentukan jenis pokok yang hendak ditanam.

Taman di rumah adalah dinamik, bergolak dan selalu berubah kerana apa yang di tanam akan membersar dan berkembang.  Ia perlu di kawal dan dijaga supaya matlamat yang hendak dicapai daripada pembentukan taman itu menjadi kenyataan.

Bagaimanapu, ada kalanya kita gagal mencapai kesan yang diharapkan dan akhirnya taman ditumbuhi semak samun, tidak lagi terjaga dan terkawal serta menjadi sarang pelbagai serangga perosak.

 

PERSEKITARAN RUMAH

Suasana dalam taman berbeza daripada satu kawasan dengan kawasan yang lain sebagaimana kedudukan ruang di dalam rumah.  Keadaan ini disebabkan factor persekitaran asas seperti:

  1. Suhu – kebanyakan pokok hiasan yang ditanam adalah jenis tropika yang memerlukan suhu tinggi 28 hingga 30C. Ini berbeza dengan hawa sejuk seperti di Cameron Highlands.  Suhu yang tinggi menggalakkan daun dan bunga lebih berseri.
  2. Cahaya – menggerakkan procces fotosintesis untuk pokok membuat makanan dan mengeluarkan daun, dahan, pucuk sehingga ia berbunga serta berbuah. Sekurang-kurangnya lapan jam cahaya matahari diperlukan untuk tumbesaran pokok kerana pokok yang terlindung dan mempunyai naungan berlebihan akan kelilhatan kurang segar.  Oleh itu, pastikan jenis pokok yang perlu ditanam di kawasan terdedah dan terbuka.
  3. Udara – jangan sekai-kali menanam pokok di sudut yang udaranya terkepung dan tidak beredar. Tempat begini ada kalaya mempunyai kelembapan rendah dan menghalan pertukaran gas.
  4. Kelembpan – menentukan kesegaran sel-sel pokok. Jika kelembapan sekeliling pokok adalah rendah, ia boleh menyebabkan pokok layu.  Oleh itu, pastikan kelembapan sekelilingnya tinggi, iaitu anggaran 60 peratus.  Untuk mendapatkan kelembapan tinggi, guna sungkupan bahan organik dibawa pokok atau kelompok pokok.
  5. Air – antara unsur penting untuk pokok kerana segala proses metabolismenya memerlukan air seperti bagi meperluan fotosintesis dan respirasi. Tanpa air yang mencukupi, segala proses dalam sel pokok akan terencat.  Air diserap oleh akar rerambut daripada tanah dan pastikan ia mencukupi.  Air paip, sungai dan perigi sesuai digunakan.  Waktu yang sesuai untuk menyiram ialah pagi atau lewat petang.
  6. Tanah – tempat pokok tumbuh dan mencengkam akarnya untuk menyerap nutrien dan air bagi tumbesaran serta perkembangannya. Oleh itu, tanah hendakalah mempunyai tekstur gembur, berongga dan peroi supaya akar dapat menjalar dan berkembang.  Selain itu, kemasaman tanah (pH) yang sesuai ialah pH5.5 hingga pH6.5 kerana pada tahap ini banyak nutrien diserap akar berbanding kemasaman rendah (pH3.4 hingga pH4.5) atau terlalu tinggi (pH7.5 hingga pH8).
  7. Nutrien – pokok memerlukan lebih kurang 16 unsur makanan untuk tumbersarannya dan ini diperlukan secara seimbang serta mencukupi. Unsur-unsur ini dibahagikan kepada makro, iaitu diambil pada kadar ginggi seperti nitrogen (N), forforus (P) dan kalium (K) serta unsur mikro merangkumi kalsium (Ca), magnesium (Mg), sulphur (S) besi (Fe), sink (Zn) boron (Bo) dan molibdenum (Mo) yang diperlukan pada kadar rendah.  Semua ini menggalakkan tumbesaran vegetatif dan pokok berbunga serta berbuah.

 

KEGIATAN MENANAM

Sekarang kita beralih pula kepada kegiatan asas yang mesti dilakukan dalam penjagaan taman dan perlu dilakukan berterusan sehingga tercapai matlamat untuk menghasilkan sebuah taman yang diidamkan.

 

Persediaan dan Penanaman

Ia adalah kegiatan terpenting, tetapi sayang kita selalu tidak mengendahkannya dan menganggap ia kerja remeh.  Akhirnya pokok musnah atau terenat dan untuk memulillhkannya mengambil masa, tenaga dan wang tambahan.

Faktor utama yang mempengaruhi penanaman ialah tekstur tanah mestilah gembur, peroi dan rongga supaya dapat membantu pengudaraan serta saliran yang baik.  Elakkan tempat air bertakung yang boleh melemaskan akar pokok.  Jika ini berlaku, perbaiki saliran atau timbun tanah sekeliling pokok.

Lubang tanaman dam batas pokok hendaklah mempunyai ukuran serta keluasan mencukupi supaya akar dapat berkembang pantas.  Ukuran lubang tanaman yang baik ialah satu setengah hingga dua kali ukuran bebola akar.  Jika barbola akar 50 cm bermakna lubang tananam mestilah 75 hingga 100 m besar (dalam dan lebar).

Ukuran batas pula ialah 1 m lebar, 20 m tinggi dan 30 m panjang, bergantung kepada luas kawasan atau reka bentuk taman yang dirancang.  Jangan lupa mencampurkan bahan organik dan baja asas pada lubang serta batas yang disediakan kerana ini dapat memperbaiki lagi tekstur tanah dan meninggikan kandungan nutrien.

 

Penyiraman

Kegiatan yang mudah dilakukan, tetapi banyak pokok musnah kerana berlebihan air.  Pokok yang baru ditanam perlu disiram pagi dan petang sehingga ia mengeluarkan dahan dan pucuk baru.  Bagaimanapun, yang penting ialah memastikan keadaan selalu lembap dan hanya disiram apabila permukaan tanah didapati kering.  Air paip, sungai atau kolam sesuai digunakan, tetapi pastikan ia tidak mempunyai bahan toksik seperti minyak.

Cara menyiram juga perlu betul.  Jangan menyiram menggunakan paip getah kerana percika air melarikan butir tanah, sebaliknya lengkapkan dengan corong hujan kerana percikan akan lebih rata dan sempurna.  Siram pada waktu pagi atau lewat petang untuk mengelakkan daripada pengewapan tanah yang panas.

 

Sungkupan

Penting untuk mengumpulkan pelbagai bahan organik di sekeliling pokok.  Antara faedahnya ialah untuk mengelkalkan kelembapan tanah manakala bahan organik yang reput boleh menjadi humus yang memperbaiki struktur tanah.  Oleh itu, rumput yang dipotong atau daun kering jangan dibuang atau dibakar, sebaliknya dikumpul dan dihimpunkan di satu sudut sebagai kompos.  Lama-kelamaan ia akan reput dan mejadi humus.

 

Memancang

Penting dalam penjagaan tanah dan memelukan sedikit kemahiran seni supaya pokok menghasilkan bentuk menarik, mengeluarkan bunga dan daun yang lebih berseri serta mengawal ukuran dan kesihatan pokok.  Guna alat pemangkas yang bermutu dan betul untuk mencantas dahan pokok.  Terdapat juga sesetengah orang menggunakan parang dan kapak untuk menantas, tetapi cara sebegini boleh merosakkan pokok.

 

Pembajaan

Perlu dibaja dengan nutrien secukupnya dan seimbang sepanjang hayat tanaman supaya tumbesarannya sihat serta segar dan dapat mengeluarkan bunga, daun serta buah lebih bermutu.  Ada pelbagai jenis baja daripada aneka jenama di pasaran.  Lihat peratus NPK pada pembungkusannya.  Jangan terpengaruh dengan warna baja.  Yang penting ialah kandungannya.  Seeloknya pilih baja mesra alam.

 

Pengurusan Kesihatan

Bagaimana rapi pun pokok yang dijaga dan dikawal kadang-kadang diserang juga oleh penyakit dan serangga.  Serangan ini selalunya kecil dan terhad serta dapat diatasi dengan mudah.  Langkah pertama ialah memastikan kawalan kebersihan yang menyeluruh di dalam taman daripada sampah sarap.  Dahan-dahan dan ranting yang lemah serta berpenyakit hendaklah dicantas dan dibuang jauh-jauh.

Sarang siput dan lintah bulan juga perlu dibersihkan.  Sungkupan di bawah pokok hendaklah dibalik-balikkan supaya tidak menjadi sarang cengkerik dan lipan.  Pasu dan bekas lain serta alat menanam eloklah disimpan di dalam stor.  Bertindak cepat bila serangan penyakit berlaku di peringkat awak.   Jika sudah merebak ia boleh menimbulkan masalah lain.

Ingat prinsip mencegah lebih baik daripada merawat.  Kawalan perlu dilakukan secara berterusan.  Memadai jika anda meluangkan masa 20 hingga 20 minit sahaja sehari untuk menguruskan taman.  Perhatikan kehendak pokok.  Ia juga seperti manusia yang mempunyai ragam dan tunaikanlah ragam itu.