PAKIS SARANG BURUNG

Paku-pakis yang tergolong dalam kumpulan Pteridophyta adalah antara pokok hiasan yang paling diminati.  Ia tidak berbunga, tetapi mempunyai daun yang cantik dan mempunyai pelbagai bentuk.  Terdapat lebih 10,000 jenis paku-pakis tetapi hanya 62 sahaja daripadanya yang sesuai dijadikan pokok hiasan.

Kebanyakan jenis paku-pakis hiasan di negara ini berasal dari Asia Tropika dan satu daripadanya yang cukup terkenal ialah Asplenium nidus atau birdnest yang berbentuk seperti sarang burang.

Birdnest hidup dalam keadaan semula jadi dengan menumpang tumbuh pada pokok-pokok besar di kawasan hutan hujan tropika.  Daunnya berpelepah kerukuran 60 cm panjang dan 20 cm lebar, berwarna hijau muda hingga hijau tua.  Ia tidak mengeluarkan bunga, tidak berbuah dan tidak mengeluarkan bau.  Ia mempunyai spora di bahagian bawah daun.  Tumbesarannya memerlukan persekitaran yang lembap dan bernaung.

Birdnest mudah ditanam dengan memilih anak pokok yang segar.  Elakan daripada memililh daun yang sudah rosak berpenyakit atau daun yang sudah kekuningan.  Pertumbuhannya agak sederhana.  Selain ditanam dalam pasu, birdnest boleh diletakkan pada batang pokok sebagai tanaman tumpang atau dimasukkan ke dalam sabut kelapa sebagai tanaman gantung.  Ia juga boleh disangkut pada dahan pokok besar seperti pokok buahan atau naungan.

Birdnest adalah jenis pokok saka yang hidup lama.  Ia sesuai ditanam bersama pokok yang memerlukman persekitaran dan kelembapan sama, misalnya Bromelilads serta orkid.

 

Factor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan birdnest.

  1. Cahaya – memerlukan separuh naungan (25 hingga 50 peratus). Daun akan melecuh dan kekuningan jika didedahkan kepada cahaya terbuka.
  2. Suhu – sesuai dapat hidup subur pada suhu 28 hingga 32°
  3. Air – tapak atau bahan tanaman hendaklah sentiasa lembap untuk mengelakkan daripada layu. Hendaklah kerap menyiram pada musim kemarau.
  4. Kelembapan – sukakan kelembapan tinggi (60 peratus).
  5. Keadaan sekelilin – mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi jangan selalu dilalih.

 

Kaedah Penanaman dan penjagaan

  1. Bahan tanaman – memerlukan bahan yang sedikit masam (pH 5.5) dengan campuran dua bahagian tanah gambut dan satu bahagian pasir. Memadai dicampurkan sedikit baja organik sebagai baja asas.
  2. Mencantas – dilakukan pada pelepah kuning dan berpenyakit.
  3. Membaja – agak sukar membaja birdnest dengan cara biasa kerana daunnya lebar dan menutup bekas tanaman. Cara sesuai ialah menggunakan baja daun (foliar) jenis NPK 10:10:10 mengikut kadar yang dicatatkan pada label.  Baja dibancuh dengan air dan disemburkan ke seluruh bahagian pokok, seminggu atau dua minggu sekali.
  4. Menukar pasu – biasanya selepas dua tahun apabila akarnya sudah berserabut dan keluar daripada bekas tanaman. Keluarkan pokok dari pasu, cantas akar dan tanam semula.
  5. Pembersihan – daun yang lebar akan memerangkap debu. Bersihkan selalu dengan menyemburkan air atau lap dengan span ataupun kain basah supaya proses fotosintesis berlaku dengan sempurna.
  6. Pembiakan – cara mudah ialah dengan mengalih anak pokok (plantelets) yang keluar dari spora bawah daun ke dalam bekas tanaman baru.