PEMBIAKAN POKOK HIASAN

Satu kegiatan penting dalam pemeliharaan pokok hiasan ialah pembiakannya, yang pertujuan memperbanyakkan jenis pokok serangam.  Pokok hiasan ini boleh dibiak dalam pelbagai cara mengikut jenis, misalnya pokok berkayu, herba, lendair atau semusin.  Boleh dikatakan bahawa tanpa pembikan, tidak mungkin dapat dilanjutkan baka sesuatu jenis pokok hiasan melalui bermacam-macam bentuk, warna, tekstur dan ukuran, di dalam lanskap.  Proses pembiakan pokok hiasan sebenarnya boleh dilakukan dengan satu cara sahaja dan hanya memelukan peralatan serta bahan asas sebelum menyediakan pokok yang hendak dibiak.

 

Tapak Semaian

Terlebih dahulu, sediakan tempat (tapak) untuk meletak semaian yang disediakan.  Kawasan tidak perlu besar, tetapi seeloknya mempunyai kira-kira 25 peratus naungan dengan bahagian atasnya berbumbung untuk mengelak daripada percikan hujan.  Kemudian bekas semaian deletak atas para.  Tentukan peredaran udara di sekitar kawasan semaian adalah baik, bermakna elakkan memilih tempat terkepung.  Pastikan juga wujud kelembapan yang tinggi (kira-kira 85 peratus) di kawasan sekelilingnya.

 

Bekas

Pelbagai bekas, termasuk pasu biasa, pasu semaian dan balang plastik boleh digunakan.  Paling penting tentukan bahagian bawah bekas, berlubang untuk membolehkan pengaliran dan pengudaraan yang baik.  Pulih bekas sederhana besar kerana ada masanya bekas berkenaan perlu dialih untuk proses pengerasan dan pengalihan.

 

Media Perakaran

Pelbagai bahan boleh digunakan untuk mengakar keratin, tetapi ia perlu mempunyai beberapa ciri tertentu untuk mendapatkan perakaran yang baik.  Bahan yang digunakan mesti mempunyai sifat-sifat berikut:-

  1. Gembur dan berongga
  2. Boleh membantu pengudaraan dan saliran yang baik.
  3. Tidak mempunyai bahan toksik dan kuman patogenik yang boleh memusnahkan keratin.

Antaran bahan yang sesau digunakan untuk mengakar keratin termasuk pasir sungai, serat koko, hydrocorn, perlite, vermiculite, sekam padi dan tanah gambut.  Selain itu, bahan berkenaan boleh dicampur bersama pasir dan tanah atau pasir dengan serat koko ataupun pasir dengan sekam padi.  Bagaimanapun, penggunaan pasir sahaja sebagai bahan tunggal sesuai untuk kebanyakan keratin.

 

Hormon Penggalak Akar

Hormon penggalak akar adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mempercepat dan memperbanyakkan akar pada keratin, terutama bagi pokok hiasan yang susah berakar.  Kebanyakan hormone yang ada di pasaran sekarang berbentuk sintetik sering mengandungi bahan aktif IAA, IBA atau NAA, iaitu jenis sejenis asid sintetik yang menggalakkan akar. Kebanyakan penggalak akar yang ada berbentuk serbuk dan pekatan.  Lazimnya, keratin kayu hijau atau lembut menggunakan hormone yang memiliki kadar kepekatan kira-kira 25 peratus, keratan sederhana pula menggunakan hormone dengan kadar kepekatan 50 peratus dan bagi kayu keras atau matang (kadar kepekatan kira-kira 80 peratus).  Keratan pokok hiasan yang tersedia hendaklah didebukan sepanjang 3 atau 4 cm pada bahagian pangkal dahannya.  Selepas itu, ditanam dalam media dan akar akan tumbuh dalam tempoh lapan hingga 12 minggu.  Perlu diingat bahawa hormone yang sudah digunakan hendaklah ditutup rapat dan jangan didedahkan kepada cahaya kerana ia boleh mengurangkan kekuatan hormon.

 

Bahan Tanaman

Seperkara penting untuk mendapat keratin yang baik ialah, bahan yang dipilih mestilah dari pokok yang sihat dan segar.  Selain itu, pastikan jenisnya, kematangan kayu dan panjang keratin bersesuaian serta pokok mendapat cahaya sepenuhnya.  Selain itu, sebarang pemotongan yang dibuat mestilah kemas dan bersih supaya keratin mudah beaker.  Oleh itu, setiap peralatan yang digunakan seperti pisau cantuman,

gunting kacip dan gergaji pangkas mestilah tajam serta bersih.  Selalunya, jika ada tisu yang terkoya sewaktu proses pemotogan dilakukan, keadaan ini mungkin mengakibatkan keratin sukar untuk berakar.

 

Pembiakan Tanaman

Ada dua acara membiakkan tanaman, yang biasa dilakukan di bidang hortikultur, iaitu:

  1. Menggunakan biji benih tanaman; dan
  2. Pembiakan tampang, iaitu membiakkan pokok menggunakan bahagian tertentu daripada pokok berkenaan menerusi kaedah tut, keratin cantuman atau behawang.

 

Pembiakan Biji Benih

Pembiakan dengan menggunakan biji benih adalah cara yang biasa dan mudah dilalukan.  Namum, tidak semua biji bernih yang digunakan akan menghasilkan anak seperti induknya kerana biji benih adalah hasil kacukan induk jantan dan betina.  Bagaimanapun, untuk pembiakan sesetengah tanaman seperti sayur-sayuran, kita tiada pilihan melainkan dengan menggunakan biji benih kerana tanaman ini tidak boleh menghasilkan baka melalui pembiakan vegetatif.

Penanaman biji benih boleh dilakukan terus di ladang atau disemai terlebih dahulu.  Bagi biji benih yang halus seperti sawi dan bayam, ia hendaklah dicampur dengan pasir untuk mendapatkan jarak tanaman yang sesuai.  Kemudian campuran tadi ditabur di atas batas sebelum ditutup dengan sungkupan bagi mengelakkan biji benih diterbangkan angina, ditimpa oleh hujan lebat dan untuk mengelakkan pancaran terik matahari.

Biji benih yang sederhana besar juga boleh terus ditanam di ladang dengan memasukkan dua atau tiga butir biji benih berkenaan ke dalam lubang tanaman.  Lubang yang disediakan tidak perlu terlalu besar dan dalam, memadai ukurannya hanya dua kali ketebalan biji benih.  Biji benih yang besar seperti durian pula biasanya ditanam dalam beg poli berisi tanah campuran terlebih dahulu, apabila biji mula bercambah dan membesar, anak pokok yang sihat dan berpotensi untuk terus membesar sahaja dipindahkan ke tapak semaian.

 

Pembiakan Vegetatif/Tampang

Cara ini lebih mudah dilakukan untuk mendapatkan pokok yang tulen seperti induknya, di samping dilakukan terhadap pokok yang sukar mengeluarkan biji benih seperti sukun. Kelemahan pembiakan tampang ialah tanaman tidak dapat menguatkan kedudukannya kerana tanaman tersebut tidak mempunyai akar tunjang.  Kaedah pembiakan tampang boleh dilakukan dengan cara keratan.  Keratan boleh dilakukan pada bahagian pokok seperti dahan, batang, ranting, daun dan pucuk.  Berikut dihuraikan beberapa jenis keratin yang biasa dilakukann.

 

Keratan Batang

Pilih bahagian batang yang sihat, tidak terlalu tua atau muda dan mempunyai mata tunas.  Potong menyerong kira-kira 10 hingga 12 cm di bawah mata tunas. Pastikan pisau yang digunakan tajam.  Buang sedikti daun untuk mengelak kehilangan air berlebihan daripada daun. Sesetengah keratan boleh ditanam terus di kawasan tanaman, tetapi ada juga yang perlu disemai dahulu kerana memerlukan penjagaan sempurna.  Hormon perakaran boleh diguna untuk menggalakkan perakaran dengan menyapu hormone pada pangkal keratan dan pindahkan ke tapak semaian atau dimasukkan dalam beg poli berisi tanah campuran.

Penyiraman dua kali sehari diperlukan dan elak daripada menggunakan air berlebihan.  Letak keratan/beg poli di tempat redup.  Apabila keratan menunjukkan tanda ‘hidup’ dan daun mulai tumbuh serta membesar, biasakan ia dengan cahaya matahari secara beransuransur

 

Keratan Daun

Ada beberapa pokok sahaja boleh ditanam menggunakan kaedah ini seperti Sanseviera dan Begonia.  Mula-mula potong daun secara melintang di antara 7 dan 10 cm.  Letak bahagian bawah daun dalam media perakaran.  Pastikan media sentiasa lembap untuk menggalak perakaran dan mengelak kekeringan pada keratan.

 

Ketatan Akar

Dilakukan pada pokok yang sukar dibiak melalui cara keratan batang.  Potong akar berhampiran pangkal pokok, sepanjang kira-kira 10 hingga 12 cm dan semai pada media perakaran. Siram selalu untuk mengekalkan kelembapan media.  Apabila tunas mula tumbuh dan berakar, pindahkan keratan dalam beg poli dan selepas beberap ketika, pindahkan ke kawasan tanaman.

 

Keratan Rizom

Rizom adalah batang yang menjalar di dalam tanah seperti halia dan lengkuas.  Ia boleh dilakukan dengan mengerat rizom daripada induknya.  Sebaiknya pilih rizom yang mempunyai mata tunas.  Keratan ini boleh ditanam terus di kawasan yang dikehendaki.  Pastikan keratan disiram selalu.

 

Tut

Pilih dahan yang subur dan tiada penyakit.  Potong kulit luarnya (kanbium), di antara 3 dan 5 cm lalu dikikis dengan belakang pisau.  Balut luka dengan tanah campuran dalam nisbah 2:1 (tanah:pasir) yang sudah dilembabkan. Sebelum itu, sapu hormon perakaran di hujung yang luka dan balut dengan plastik bersama tanah campuran. Apabila dahan mula beraka, kerat bahagian bawah dahan dan pindahkan dalam beg poli berisi tanah campuran.  Letak di tempat redup dan dedahkan kepada cahaya matahari secara beransuransur.