PENCEGAHAN SERANGGA

Pokok dalam taman perlu dijaga dan dipastikan kesegaran serta kesihatannya sentiasa baik supaya dapat mengekalkan warna dan bentuk daun serta bunganya.  Untuk mengekalkan keadaan itu, pelbagai kegiatan perkebunan seperti membaja, memangkas, membuat sungkupan dan menyiram, perlu dilaukkan secara rutin. Bagaimana pun, kegiatan itu jarang menggunakan bahan kimia sintetik yang boleh menyebabkan saki-bakinya tersimpan di dalam tanah dan air, mengakibatkan pencemaran seperti DDT.

Banyak bahan kimia di pasaran tempatan yang boleh digunakan untuk mencegah serangga perosak dan pada masa yang sama, banyak juga serangga yang sudah lali serta kebal terhadap racun berkenaan.  Jadi, bagaimana kita boleh elak menggunakan racun sintetik, yang mampu menghindari pencemaran alam dan keracunan diri, disamping memastikan kesegaran pokok saepanjang masa.

Satu cara yang paling mudah untuk mencegah serangga perosak ialah dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan dalam satu kawasan untuk mengelirukannya memilih jenis pokok yang ia suka makan dan musnahkan.  Pilihlah pokok yang mengeluarkan bauan kuat, sama ada wangi atau busuk; sebagai penghalang serangga.  Pokok yang sesuai digunakan ialah jermin, garuda, pudina, serai wangi, bunga tahu ayam, kemangi,

Bawang putih, kucai, limau purut, ketumbar dan adas manis.  Tumbuhan ini selalu ditanam sebagai pokok sahabat dan boleh mencegah serangga berbadan lembut seperti hamama, koya, kutu terip daun dan lelompat daun.

Dicadangkan supaya menanam beberapa jenis pokok berkenaan dengan tanaman hiasan lain.  Bauan yang dikeluarkan pokok mengandungi kimia tanaman yang perlu dikeluarkan daripada akar, daun, dahan dan bunganya.  Daun dan ranting pokok boleh dibuat sungkupan dan diletakkan selapisan di bawah pokok, misalnya duan serai wangi yang sudah dikerat hendaklah ditabur di bawah pokok untuk mengelak hamama.  Pokok bunga tahu ayam pula boleh mencegah cacing Nematoda.

Selain menanam pokok sahabat, bahagian vegetatif boleh digunakan dalam bentuk cecair.  Segala bahan vegetatif seperti akar, daun, dahan, bunga atau umbi boleh dikisar, tumbuk, rendam dan masak untuk mendapatkan pati minyaknya yang boleh digunakan sebagai cecair semburan.  Untuk memperkuatkan lagi cecair semburan, campurkan dengan sabun dan minyak masak sebagai perata serta pelekat.  Pokok yang boleh digunakan ialah:

  1. Biji jintan manis- rendam dalam air panas sehingga sejuk dan airnya berubah menjadi coklat. Guna terus dan jangan simpan.  Sesuai untuk mencegah kutu terip.
  2. Daun nona – kisar atau tumbu dan ditapis sebelum dibancuh dengan air. Sesuai untuk mencegah kutu daun, kumbang dan pengorek dahan.
  3. Cili – kisar 100g cili sebagai stok dan campurkan air bersama satu camca besar sabun. Penggunaan sukatan ialah satu bahagian stok kepada 4 bahagian air.  Sesuai untuk mencegah kutu daun dan ulat serangga berbadan lembut.
  4. Kucai – rendam dalam air panas sehingga sejuk. Sesuai untuk mencegah penyakit lecuh yang selalu menyerang anak semaian.
  5. Daun ketumbar – masak satu bahagian daun ketumbar dengan satu bahagian air, kemudian tapis dan sembur. Sesuai untuk mencegah hamama dan kutu daun.
  6. Akar tuba – racun serangga am dan satu tradisi berkesan untuk mencegah ulat bulu, llintah bulan dan siput, kutu daun serta kumbang. Dijual dalam bentuk serbuk atau akan yang diketuk dan dititik sehingga mengeluarkan sap putih lalu dibancuh dengan air.  Berhati-hati menggunakannya kerana ia boleh membunuh ikan dalam kolam berdekatan.
  7. Minyak kayu putih – minyak pati daripada pokok minyak kayu putih atau daunnya direbus selama satu jam. Apabila sejuk, semburkan ke pokok.
  8. Bawang putih – sejenis racun kulat dan serangga asli yang berkesan.
    Ambil lima hingga 10 ulas bawang putih dan titumbuk lumat, kemudian campurkan 500 ml air bersama satu camca besar minyak masak.  Tinggalkan dan tapis. Apabila hendak diguna, sukat satu bahagian stok kepada lima bahagian air.  Kalau mahukan campuran yang lebih kuat, masukkan satu camca besar cili kisar.  Berkesan untuk mencegah pelbagai serangga berbadan lembut dan berbada keras seperti kumbang serta belalang.
  9. Bunga tahi ayam (Lantana sp) – ambil 500g pokok bunga tahi ayam dan masak bersama satu liter air. Tapis dan sembuh. Berkesan untuk hamama dan kutu daun.
  10. Serai wangi – ambil 500 g daun serai wangi dan direbus bersama satu liter air. Tapis dan sembur. Berkesan untuk hamaman dan kutu daun.
  11. Bunga tahi ayam (Tagetes sp) – rendam dalam air sabun dan biarkan semalam. Tapis dan sembur.  Berkesan untuk kutu daun.
  12. Nim atau Bambu – biji yang sudah masak hendaklah dikupas dan ambil isinya untuk dikeringkan, kemudian parut dan bancuh bersama air (sukatan 25 hingga 50 g kepada satu liter air). Biarkan semalaman.  Berkesan untuk mencegah pelbagai jenis serangga.
  13. Bawang merah atau besar – ambil satu kilogram bawang dan dicincang atau kisar, kemudian campurkan bersama satu liter air panas dan tapis. Untuk semburan, ambil satu bahagian stok kepada 10 bahagian air. Berkesan untuk mencegah kutu terip, terip, kutu daun dan hamama.  Cecair bawang ini juga boleh dicampurkan dengan bawang putih dan cili kisar untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
  14. Lada putih atau hitam – serbuk lada putih atau hitam elok untuk mencegah ulat bulu.
  15. Air tembakau – semburan kulat dan serangga yang istimewa serta berkesan untuk pelbagai jenis serangga. Rendam 250 g daun tembakau ke dalam 4 liter air bercampur satu camca besar sabun. Biarkan semalaman dan tapis.  Untuk semburan, guna satu bahagian stok kepada 10 bahagian air.  Kalau sukar mendapat daun tembakau, bolehlah guna 5 hingga 10 batang cerut atau rokok yang direndam.  Berkesan mencegah kutu daun, ulat-ulat bulu, hamama, pelombong daun, pengorek dahan dan beberapa penyakit kulat.
  16. Kunyit – serbuk kunyit yang di bancuh bersama air, berkesan untuk mencegah ulat bulu. Ia juga boleh digunakan bersama bancuman air sabun dan minyak masak. Selain itu, minyak pati boleh diguna untuk mencegah serangga.

Jika menggunakan minyak pati, ambil tiga hingga empat titis sahaja dan campur bersama 2 hingga 3 lilter bancuhan.  Antara minyak pati yang boleh digunakan ialah:

  • Minyak pudina – mencegah semut, kutu daun, kumbang dan ulat bulu.
  • Minyak bawang putih – menghalang pelbagai jenis semut, kutu daun, kumbang, lintah bulan dan siput.
  • Minyak serai wangi – menghalang semut hamama, kutu daun, lalat, kutu, penyengat, nyamut dan cacing nematoda.
  • Minyak kayu putih – mencegah kutu daun, hamama dan rama-rama.
  • Minyak menilam – mencegah kutu daun dan koya.
  • Minyak jermin – mencegah kutu daun, koya, nyamuk dan lalat putih.

Banyak lagi tanaman yang boleh digunakan sebagai “bio-insecticides” yang belum diterokai.  Sungguhpun mudah untuk mengenali pokok yang berpotensi menerusi bauan wangi atau busuk, pengetahuan terhadap campuran bahan kimia penting untuk melakukan percubaan.  Selain itu, kekuatan ramuan dan sukatan boleh diubah suai dan dicuba terlebih dahulu untuk mendapatkan satu sukatan yang berkesan.  Cuba dua tinga ramuan untuk pelbagai jenis tanaman hiasan.