RESAM BATU

Menanam dan menjaga pokok hiasan dalaman semakin digemari oleh masyarakat kota, terutama penghunmi rumah pangsa dan kondominium yang tiada halaman untuk mewujudkan taman indah dengan pelbagai jenis tumbuhan.  Antara yang paling sesuai dijadikan pokok hiasan dalaman ialah resam batu (Begonia), sejenis pokok lendair yang mempunyai daun dan bunga berwarna-warni.  Ia juga boleh ditanam dalam bekas seperti pasu gantung.

Pokok resam batu berasal daripada keluarga Begomiaceae dan mempunyai lebih kurang 900 species, termasuklah jenis herba, berimbun dan menjalar.

 

JENIS-JENIS RESAM BATU

Pokok resam batu terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu:

  1. Akar berserabut (fibrous-rooted) – tegak, bercabang dan merimbun.  Mempunyai bunga putih atau merah

jambu, begitu juga daunnya.  Kumpulan ini termasuk spesies Begonia metallica, Begonia semperflorens dan

Begonia peltata.

  1. Berizom – Mempunyai akar rimpang yang menjalar dan mengeluarkan banyak daun pelbagai warna serta

bentuk.  Kumpulan ini termasuklah jenis Begonia rex dan Begonia delicosa.

  1. Berbatang (canned) – Mempunyai batang tegap dan tegak serta daun bentuk sayap warna hijau gelap dan

berbintik merah atau perak.  Bunganya pula berjuntaian, warna merah jambu.  Kumpulan ini termasukalh

spesies Begonia coccinea, Begobia lucerna dan Begoia argenteo-guttata.

  1. Berumbi (tuberous) – Mempunyai umbi serta mengeluarkan bunga sungguh indah dan berlapis.  Sesuai

ditanam dalam pasu dan di atas batas.  Antara spesies yang popular dalam kumpulan ini ialah Begonia

tuberhybrida, Begonia cyclopghylla dan Begonia brevicaulis.

 

MENANAM

Resam batu mempunyai tisu lembut dan berair.  Ia memerlukan penjagaan rapi kerana peka kepada persekitaran yang boleh merosakkannya.  Pastikan pokok ini menerima suhu sederhana 25 hingga 28°C.  Jangan letakkan di tempat yang boleh menerima cahaya terus dan seeloknya ia mendapat cahaya waktu pagi.  Tumbuhan ini juga tidak begitu sesuai dengan media yang terlalu lembap kerana air hanya perlu diberikan apabila permukaan media mulai kering.  Elakkan air daripada bertakung pada daun kerana resam batu memerlukan kelembapan sederhana (50 hingga 60 peratus)

 

CAMPURAN TANAH

Resam batu sesuai ditanam dengancampuran tanah yang gembur dan peroi.  Campuran tanah ini dapat membantu system pengudaraan dan mempunyai saliran air yang baik.  Berikut adalah campuran tanah yang sesuai untuk penanaman resam batu:

  • Campuran  I – dua bahagian tanah peroi, satu bahagian tanah organik dan satu bahagian pasir.
  • Campuran II – satu bahagian tanah organik (tanah gambut) dan satu satu bahagian pasir.

Kedua-dua campuran tanah ini perlu diadunkan dengan baja asas seperti baja organik NPK 8:8:8 dan kapur (dolomite) 150 hingga 200 g setiap satu campuran, untuk 20 pasu.

Apabila menanam anak pokok resam batu, pastikan jangan ditanam terlalu ke dalam kerana ia boleh kereputkan batangnya.

 

MENUKAR PASU

Resam batu yang sudah lama ditanam dalam bekas (bagi tempoh empat hingga lima tahun) boleh ditukarkan tanahnya.  Keluarkan pokok daripada pasu dan cantas akar serta tanah lama sekurang-kurangnya 20 cm sekeliling.  Kalau rumpun pokok besar, bolehlah dibelah menjadi tiga atau empat rumpun dan ditanam semula.  Dahan dan daun yang dicantas di bahagian atas jangan dibuang kerana ia boleh diguna sebagai bahan pembiakan.

 

MENCANTAS

Ukuran pokok resam batu bermula daripada 20 cm hingga 2 m, bergantung kepada jenisnya, misalnya jenis berbatang boleh tumbuh sehingga 2 m jika dibiarkan.  Jenis kerdil bagaimanapun tiak perlu dicantas kerana ukurannya akan kekal begitu selamanya.  Selain itu, daun, bunga dan dahan yang mati, lecuh serta berpenyakit hendaklah dicantas supaya tidak merebak.

 

PEMBAJAAN

Resam batu perlu dibaja untuk menjamin kesihatan dan kesegaran pokok supaya dapat mengeluarkan bunga serta daun yang indah dan cantik.  Pelbagai jenis baja boleh digunakan, tetap baja NPK 10:20:20 yang mempunyai lebih peratusan forforan (P) dan kalium (K) lebih sesuai diguna untuk menggalakkan petumbuhan akar dan tisu batang, di samping untuk bunganya.  Penggunaan baja yang tinggi kandungan nitrogen (N) hanya mengakibatkan isu pokok menjadi terlampau lembut dan lambat berbunga.

Baja organik yang berbutir atau debu boleh diberikan sebanyak 20 hingga 30 g setiap pasu, dalam tempoh empat hingga enam minggu sekali.  Baja dedaunm (foliar) pula perlu dicampurkan air dan disiram atau sembur mengikut peraturan yang tertera.

 

PEMBIAKAN

Pembiakan pokok resam batu bokeh dilakukan dengan dua cara, iaitu:

  1. Biji benih untuk pokok jenis berumbi dan mempunyai rizom.  Biji benih halus ini hendaklah terlebih dahulu

dicampurkan dengan pasir halus dalam nisbah satu bahagian biji kepada empat bahagian pasir halus atau

campuran tanah 2:1:1, lalu ditabur.

  1. Vegetatif adalah cara yang paling mudah. Bahagian yang sering digunakan ialah.
  • Batang yang matang sepanjang 6 hingga 8 cm dan mempuyai tiga hingga empat ruas.  Bahagian pangkal

keratin boleh didebukan dengan penggalak akar untuk mencepatkan perakaran, kemudian bolehlah

ditanam dalam media perakaran seperti pasir atau campuran pasir dengan tanah gambut.  Pastikan

tanaman keratin diletakkan di tempat bernaung (25 peratus) dan media perakaran dalam keadaan

lembap.  Keratan akan berakar dalam tempoh tujuh hari

  • Tangkai daun yang panjang dan sudah matang serta segar.  Tanam tangkai daun dalam media perakaran

dan tangkai akan mengeluarkan akar serta anak pokok dalam jangka masa empat minggu.  Anak pokok

boleh dialih ke dalam pasu dan daun induk akan mati.

  • Keratan urat untuk pokok yang mempunyai daun lebar dan pastikan daun matang serta segar.  Ambil

daun dan tanam tangkainya dalam media perakaran.  Pastikan daun diletak rapat ke permukaan media.

Kemudian urat daun yang besar dikerat bentuk V dan ditanam dalam media.  Dalam tempoh empat

hingga enam minggu, urat daun yang dikerat akan mengeluarkan akar dan anak pokok baru, kemudian

alih ke dalam pasu lain dan daun induk akan mati.

  • Sebahagian daun, dengan helaian yang besar, matang dan segar dikerat secara kepingan, berukuran 15

hingga 20 cm.  Pastikan setaip kepingan daun mempunyai beberapa urat, kmemudian debukan pangkal

akar dan tanam dalam media perakaran.  Akar dan anak pokok akan tumbuh dalam jangka masa empat

minggu dan alihkan ke dalam pasu.

 

PENYAKIT DAN KEROSAKAN

Resam batu boleh dikatakan pokok yang amat peka dan manja, misalnya kalau diberi terlampau banyak naungan atau cahaya boleh menyebabkannya layu atau melecuh.  Oleh itu, pengubahsuaian pokok mengikut keadaan persekitaran perlu dilakukan.

Antara tanda-tanda pokok resam batu ialah:

  1. Daun bergulung dan kering di bahagian hujung kerana terlampau panas dan kurang disiram.
  2. Daun terjuntai dan lesu kerana diletakkan di tempat yang terkepung atau di tempat yang kurang

mendapat peredaran udara, justeru alihkan di ruang terbuka untuk sementara waktu.

  1. Daun baru kecil dan kekuningan berpunca daripada pembajaan.
  2. Daun layu dan bersawang di bahagian bawah, justeru sembur dengan malathion atau diazinon sebelum

digantikan pasu dan lembapkan keadaan sekeliling.

  1. Batang dan silara akar reput di pangkal pokok kerana keadaan tanah terlampau basah, jadi keringkan tanah

dengan mengurangkan air dan semburkan benomyl, dithane atau dithane.

  1. Daun berwarna kelabu atau putih akibat penyakit kulat, maka semburkan benomyl, dithane atau thiram,

kemudian alih ke tempat yang lebih kering.

  1. Tanda bulatan kuning dan daun berkerikil. Sekiranya ini berlaku, eloklah dimusnahkan semua pokok.
  2. Akar hitam dan reput disebabkan terlampau banyak air, jadi sembur dengan benomyl, dithane, thiram

atau captan.