SENI PEMBENTUKAN TOPIARI

Faktor warna, tekstur, ukuran dan bentuk memainkan fungsi penting untuk mendapatkan satu reka bentuk taman yang indah, dengan tanaman pelbagai jenis tumbuhan biasan seperti pokok semusim, herba dan herba saka yang mempunyai ciri menarik serta indah.

Satu aspek penting yang selalu dikehendaki ialah bentuk pokok, sama ada semulajadi atau direka, yang dinamakan topiari.  Suatu masa dahulu keadaan ini menjadi trend di taman-taman di Eropah seperti Peranchis dan Itali.  Di negara kita nampaknya aliran ini sudah mula kelihatan di taman bunga dan pejabat, sebagai satu reka bentuk ‘formal’ yang menggunakan pokok tertentu.  Bentuk topiari ini juga kelihatan dilakukan pada pokok pagaran dan reka bentuk maze.

Mungkin pokok topiari boleh digunakan di kediaman sebagai satu bahan tumpuan dalam taman kecil. Seni topiari adalah usaha membentuk pokok menjadi bentuk tertentu, sama ada secara semula jadi atau menggunakan bingkai.  Ia mengambil masa agak lama untuk mendapatkan bentuk yang sempurna, mungkin satu hingga lima tahun, dengan ukuran daripada sekecil 60 cm sehinggalah kepada sebesar 2 hingga 3 m dan selalunya menggunakan bingkai besi.

 

JENIS-JENIS POKOK

Pokok yang sesuai untuk topiari seelok-eloknya jenis malar hijau supaya menggalakkan ia vegetatif sepanjang masa.  Pokok malar hijau juga mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  1. Tahan dicanas dan diandam selalu.
  2. Mengalami tumbesaran yang cepat dari segi pengeluaran pucuk dan daun.
  3. Bercabang padat.
  4. Tahan dan boleh dilentur.

Pokok ini boleh di tapak semaian di sekitar bandar.  Antara pokok yang selalu digunakan ialah:

  1. Duranta sp – jenis daun hijau atau berbelak (variegated).
  2. Ficus sp – pokok beringin daun kecil.
  3. Junioperus sp – berbentuk kon dan mudah diandam.
  4. Bougainvillea sp – terutama kumpulan Spectabilis atau Glabra.
  5. Acalypha siamea (teh pagar) – pokok yang istimewa dan versatile untuk topiari.
  6. Lagerstromia indica – berbunga
  7. Buxus sp (boxwood) – banyak digunakan di Amerika.
  8. Wrightia religiosa – melati
  9. Ixora sp (siatan).
  10. Codiaeum sp (pudding) – daun berbelak (variegated).
  11. Ehretria sp – mudah dilentur.
  12. Malphigia cocigera – mudah dilentur.

 

BENTUK

  1. Geometri – bulat, kotak segi empat, kon dan berlingkar (spiral)
  2. Semula jadi – lampai, bulat, lonjong dan rampak, hanya perlu dipadatkan sahaja.
  3. Haiwan.

 

PERSEDIAAN

Pokok topiari boleh ditanam di atas tanah dan di tempat tertentu atau di dalam bekas.  Persediaan tanah mesti diutamakan kerana pokok topiari akan kekal ditanam dalam jangka masa yang lama.  Oleh itu keadaan tanah mesti diselenggarakan seara berterusan.

Campuran tanah yang digunakan meliputi tujuh bahagian tanah atas, tiga bahagian bahan organik dan dua bahagian tanah atas, tiga bahagian bahan organik dan dua bahagian pasir, kemudian dicampurkan baja organik NPK 10:10:10 dan batu kapur pertanian (dolomite lime). Sebanyak 100 hingga 150 g di setiap lubang tanaman.  Pastikan aras tanaman dan selepas itu cantas (potong balik) dahan untuk menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih rimbun.

 

PERALATAN MENCANTAS

Alat-alat untuk mencantas digunakan secara manual.  Ada juga yang menggunakan mesin atau jentera untuk projek topiari yang besar seperti pembentukan maze atau bentuk sebesar 3 hingga 4 m.  Antara alat yang digunakan ialah:

  1. Gunting pokok (hand pruner) – untuk dahan kecil berukuran 1 hingga 4 cm.
  2. Gunting tangan panjang (copper) – untuk dahan sederhana besar, 3 hingga 4 cm.
  3. Gunting pagar (hedge shears) – untuk mengandam dan digunakan pada pucuk serta daum bagi menggalak

dan memadatkan pokok.

 

MENCANTAS

Mencantas merupakan kegiatan paling penting dalam topiari untuk mendapatkan bentuk tertentu.  Jenis cantasan yang lazim digunakan ialah:

  1. Potong balik – mengerat dahan pada ruas dahan untuk menggalak pokok menjadi rimbun dan berbentuk.
  2. Penjarangan – mengerat dahan pada pangkal cabang untuk menggalakkan dahan memanjang dan cabang

terbuka.

  1. Kedua-dua cara ini dilakukan kepada pokok secara berterusan kerana pokok tropika cepat membesar dan

akan hilang bentuknya jika tida dikawal.

 

MEMBAJA

Pembaja dilakukan untuk menggalak, tumbesaran vegetatif supaya pokok cepat membesar dan mengeluarkan daum agar kelihatan padat serta rimbun.  Selalunya baja seimbang seperti NPK 15:15:15 atau NPK 10:10:10 boleh digunakan.  Untuk pokok topiari dalam bekas, sukatannya ialah 30 hingga 40 g bagi setiap pasu dan dibubuh baja empat hingga enam minggu sekali.

Pokok dalaman pula memerlukan sukatan 100 hingga 150 g bagi setiap pokok dan dibaja sekali dalam tempoh enam hingga lapan minggu.  Sesekali, gembur tanah dan pupuk dengan bahan organik untuk mendapatkan tekstur tanah yang peroi bagi membantu pengudaraan serta penyerapan air yang baik.

 

PENYAKIT DAN SERANGGA

Pokok topiari mempunyai bentuk yang padat serta tebal dan ini menggalakkan kelembapan yang tinggi, di samping menghalang penembusan cahaya.  Keadaan sedemikian menggalakkan serangan penyakit dan serangga terutamanya pada musim hujan.

Untuk menghalang penyakit, guna racun kulat seperti benomyl, dithane, thiram dan captan, seminggu atau dua minggu sekali untuk mencegah serangga koya, kutu daun dan kutu terip.  Manakala untuk menghapuskan teritip pula, gunalah racun malathion, carbaryl dan diazinon.