TAMAN BALANG

Taman balang sesuai sebagai hiasan dalaman. Ia boleh diletakkan di rak buku, meja atau ambang tingkap.  Penjagaannya ringkas, selain mudah dialih kerana bahan tanaman yang digunakan adalah ringan.  Siraman juga tidak perlu kerap, kecuali apabila bahan tanaman sudah kering.

Bagi mendapatkan reka bentuk taman yang indah, pilih pokok yang mempunyai daun atau bunga yang berwarna-warni serta bentuk dan ukuran yang bersesuaian.  Antara yang dicadangkan ialah Aglonema (birah air), Anthurium (telinga gajah), Begonia (resam batu), Caladium (keladi hiasan), Coleus (ati-ati), Cordyline/Dracaenea (jenjunag), Cyperus grass (rumput payung), Scindapsus (akar serundant), Fittonia, polka dot plant, Maranta (ubi garut), Philodendron, Sanseivieria (lidah buaya), Syngonium (tapak angsa), Artemisia dan Pilea.

 

KEPERLUAN TAMAN BALANG

  1. Bahan tanaman – ringan, peroi, berongga dan boleh menyerap air yang mencukupi seperti serat koko,

gambut, lumut atau vermiculite manakala perlite sesuai sebagi bahan isian.

  1. Bahan penutup – pelbagai jenis boleh digunakan untuk mencantikkan permukaan seperti serpihan

marmar, Hydroleca, kerikil halus atau batu sungai.  Ia ditabur rata atas permukaan pasu lebih kurang 2

hingga 3 cm tebal.

  1. Jaring hijau – diletakkan di bahagian bawah pasu supaya dapat menghalang bahan tanaman daripada

terkeluar, terutamanya ketika menyiram.

  1. Bekas – pasu renda (flat pots) plastik atau tanah liat.  Lebih menarik jika menggunakan pasu berukir dan

berwarna bagi meletakkan pasu kecil di dalamnya.

  1. Pasu kecil – berukuran 6 hingga 10 cm dan di tanam dengan keratan pokok.  Bahan tanaman yang

diperlukan ialah serat koko.

  1. Peralatan menanam – antaranya ialah guni pokok, pisau lipat kecil, sudip dan garpu tanah.

 

MEMBAJA

Untuk mengekalkan kesegaran pokok, guna baja larutan NPK8:8:8 setiap dua hingga tiga minggu sekali.  Selain itu, baja daun (foliar) yang dibancuh dengan air boleh juga dingunakan dengan cara menyiram pada bahagian daun.

 

KAWALAN PENYAKIT

Pastikan taman balang mendapat cahaya dan kelembapan mencukupi.  Jangan siram meberlebihan kerana ia boleh menyebabkan pokok mengalami reput akar dan daun.  Jika terdapat tanda serangan penyakit, gunakan racun serangga seperti malathion dan racun kulat thiram.

 

MEMASU SEMULA

Keluarkan pasu kecil yang sudah berserabut dan cantas akar lama serta berpenyakit sebelum ditanam semula.

 

MENCANTAS

Daun atau dahan yang rosak serta berpenyakit hendaklah dicantas untuk mengelakkan penyakit merebak.  Dahan yang hilang bentuk juga harus dicantas bagi mendapatkan bentuk dikehendaki