TANAMAN GANTUNG

Ramai berminat menghiasi kediaman dengan tumbuhan hiasan, malangnya hasrat ini terbantut kerana kawasan tanah yang amat terhad atau tiada langsung kerana mereka memilih untuk tinggal di rumah pangsa, pangsapuri dan kondominium.  Selalunya, pilihan lain yang boleh dibuat ialah menaman pokok kecil dalam pasu yang memudian disusun tepi dinding atau kaki lima.  Cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan menanam pokok dalam pasu gantung.

Pasu kecil yang digantung ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian rumah walaupun di ruang balkoni yang sempit, ruang tamu, ruang dapur atau tepi tingkap asalkan tumbuhan yang digunakan sesuai dengan persekitaran barunya.  Taman gantung bagaimanapun belum begitu meluas di negara kita. Kecuali di kalangan penggemar orkid yang sering menggantungkan orkid mereka di bahagian depan rumah.

 

PERMILIHAN PASU BUNGA

Pasu yang sesuai digunakan ialah daripada jenis yang ringan supaya tidak membebankan cangkuk dan tali penyangkut.  Pilihan selalunya bertumpu kepada pasu yang diperbuat daripada plastik atau wayar galvanized yang dibentuk melengkuk di dasarnya.  Pasu tanah liat biasa berat dan akan membebankan tali penyangkut.

Jika anda bercadang meletakkan pasu ini di dalam rumah, pastikan bahagian dasar pasu dialas dengan piring atau jika menggunakan pasu gantung jenis wayar galvanized, alaskan dasar dan kelilingnya dengan plastik politena untuk mengelak air daripada menitis selepas disiram.  Orkid pula lebih sesuai digantung dalam kotak kayu yang kecil dan ringan.

Pilih penyangkut yang diperbuat daripada dawai kasar atau tali yang dianyam.  Penyangkut pasu gantung ini mudah didapati di kedai bunga atau di pusat beli-belah.

 

KEGUNAAN

Pasu gantung berfungsi untuk menghias dan mengindahkan lagi kediaman.  Ia juga menggambarkan kreative penghuni dalam menghiaskan rumahnya.  Tanaman yang dipilih mestilah sesuai dengan persekitaran luar rumah sama ada balkoni, angjung atau tepi tingkap.  Tumbuhan yang gemarkan teduhan dan memerlukan kelembapan tinggi sesuai diletakkan di ruang dalaman rumah.

 

KESELAMATAN

Pastikan pasu digantung pada cangkuk yang kuat dan mempunyai tali yang kukuh.  Jangan gantung pasu di tempat yang boleh menghalang laluan atau di tempat yang agak sukar untuk menyiram pokok.  Selain itu, jangan menggantung pasu di tempat yang terdedah kepada tiupan angina kuat, terutama bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa, kondomiumum atau pangsapuri untuk mengelak pasu daripada jatuh dan boleh merosakkan tanaman.

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN TANAMAN

 

Suhu dan kelembapan

Suhu dan kelembapan saling berkaitan.  Jika suhu tinggi, kelembapan akan berkurangan dan sebaliknuya.  Pastikan pasu gantung diletakkan ditempat yang sesuai dengan tumbuhan.  Ada tumbuhan dapat hidup dengan subur di tempat yang teduh kerana kadar kelembapannya tinggi dan ada juga tumbuhan yang sesuai di kawasan terdedah dengan kadar kelembapannya rendah.

 

Cahaya

Cahaya matahari amat penting bagi tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis.  Ada beberapa jenis tumbuhan yang sesuai dengan pancaran cahaya matahari yang banyak (sun loving plants) dan ada juga tumbuhan yang sesuai dengan kawasan teduh (shade loving plants).  Tumbuhan yang memerlukan tempat teduh hendaklah diletakkan di dalam rumah manakala yang memerlukan pendedahan cahaya matahari bolehlah diletakkan di luar rumah di samping dapat menghiasi kawasan rumah.

 

Jumlah Air

Air perlu untuk mengekalkan kesegaran tanaman dan mengangkut nutrien ke bahagian lain tanaman.  Jika tanaman di letakkan diluar rumah, pastikan anda kerap menyiramnya untuk mengelakkan daripada kehilangan air secara berlebihan.

 

Pembajaan

Pembajaan juga perlu dilakukan untuk membekal nutrien kepada tumbuhan.   Jika tidak, tumbuhan dalam pasu akan kelilhatan tidak bermaya dan pertumbuhannya terencat.  Baja boleh didapati di kedai dan di pusat beli-belah.  Pastikan anda ikut arahan bertulis yang tertera pada bungkusan baja untuk mengelkalkan kesegaran tumbuhan.  Jangan sekali-kali membubuh baja berlebihan yang boleh mengakibatkan daun kelihatan terbakar.

 

JENIS-JENIS TUMBUHAN YANG SESUAI UNTUK TANAMAN GANTUNG

 

Spider Plant (Chlorophytum comosum)

Mempunyai daun yang panjang menirus, tepinya hijau dan tengahnya kuning berjalur.  Kebiasaannya, satu tankai yang panjang akan keluar dan di hujungnya mempunyai tunas atau anak pokok.  Ia kelihatan cantik sekiranya anak pokok banyak keluar berjuntaian di sekeliling pasu.  Cara pembiakannya adalah menerusi belahan rumpun atau menanam anak pokok atau tunas yang terdapat di hujung tangkai.  Ia boleh hidup di tempat terdedah yang sederhana teduhannya.

 

Balsam (Impatients sultani)

Tumbuhan ini daripada jenis herba lembut dan mempunyai banyak cabang.  Ia mempunyai bunga berwarna merah, putih dan merah hati.  Pembiakannya adalah melalui semain biji benih atau keratan pucuk.  Ia memerlukan jumlah cahaya yang sederhana.

 

Pilea Daun Halus (Pilea microphylla)

Ia berdaun kecil dan halus.  Batangnya bercabang dan memerlukan teduhan sederhana.  Ia sangat mudah tumbuh dan dijaga.  Pembiakannya adalah melalui keratan batang.

 

Aluminium Plant (Pilea cadierel)

Daunnya mempunyai tompokan berwarna perak di tengah.  Ia mudah dibiak melalui keratan pucuk.  Pada peringkat awal pertumbuhan, pucuknya perlu dipetik (pincing) untuk menggalakkan percambahan cabang.  Tumbuhan ini sesuai ditanam di tempat teduh.

 

Trailing Lantana (Lantana sellowiana)

Tumbuhan jenis menjalar ini amat menarik ditanam di dalam pasu gantung kerana ia berjuntaian menuruni pasu.  Ia mempunyai bunga berwarna kuning, putih dan merah jambu serta tumbuh dengan menarik di tempat terdedah.

 

Red Hemingraphis (Hemingraphis colorata)

Pokok berwarna ungu ini adalah jenis menjalar.  Pembiakannya dibuat melalui keratan batang dan pucuk berdau.  Ia amat mudah dibiak dan dijaga serta memerlukan kawasan teduh.

 

Asparagus Sprengeri (asparagus densiflorus)

Berdaun tirus, berbunga putih kekuningan yang kecil dan berbuah bentuk beri berwarna merah apabila masak.  Tumbuhan ini membiak melalui belahan rumpun dan biji benih.  Ia amat menarik ditanam di dalam pasu gantung kerana tumbuh berjuntaian.

 

Episia (Espiscia cupreata)

Tumbuhan ini daripada jenis herba menjalar.  Ia mempunyai bunga kecil berwarna merah dan memerlukan teduhan.  Apabila digantung, sulurnya akan berjuntaian keluar.  Pembiakannya dibuat menerusi tanaman anak daripada rumpun tua.

 

Pakis (Adiantum raddianum)

Paku pakis ini dibiakkan secara belahan rumpun.  Tanah yang sesuai untuk pertumbuhannya ialah jenis tanah bakar.  Ia sesuai diletakkan di tepi tingkap dan tempat yang menerima teduhan sederhana.  Jangan menyiram dari bahagian atas daun.

 

Orkid

Amat menarik diletakkan dalam pasu gantung dan ia tidak memerlukan tempat terlalu rendang.  Ia juga boleh diletakkan di luar rumah.

 

BEKAS

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk menanam tanaman gantung, daripada bahan plastik, logam dan seramik.  Sehinggalah kepada bahan seperti sabut kelapa, buluh, tempurung dan tayar.  Bekas yang digunakan untuk pasu gantung mestilah mempunyai lubang untuk saliran air dan juga lubang bagi kemudahan menggantung.

 

MEDIA

Campuran tanah untuk pasu gantung biasanya menggunakan tanah lebih ringan dan peroi.  Ia juga perlu mengandungi nutrien secukupnya, yang boleh membantu pengaliran air dan pengudaraan baik.  Selalunua, bahan asas yang digunakan ialah tanah asas, bahan organik dan pasir sungai.  Seeloknya bahan asas diayak untuk mendapat butiran serangan dan tidak bercampur dengan ketulan besar atau bahan asing.  Ada dua jenis campuran tanah yang boleh digunakan.

Pertama, campuran yang mengandungi satu bahagian tanah peroi, satu bahagian tanah gambut dan satu bahagian pasir sungai.  Baja asasnya meliputi baja organik NPK 8:8:8 dengan 100 hinga 150g setiap 10 pasu.

Kedua, campuran yang mengandungi satu bahagian tanah gambut dan satu bahagian pasir sungai, dengan baja asas sama seperti campuran yang pertama.

 

PEMBAJAAN

Untuk menentukan kesegaran dan kesihatan pokok pasu gantung, ia perlu diberi nutrien yang mencukupi serta seimbang.  Pelbagai jenis baja boleh digunakan, iaitu baja jenis, organik atau kimia yang boleh dibeli di pusat perkebunan (garden centre) dalam paket kecil dan sederhana.  Baja yang mempunyai NPK 10:10:10 atau NPK 15:15:15 baja seimbang (balance fertilizer) dalam bentuk berbutir atau dibancuh dengan air, sesuai digunakan. Sukatannya ialah 30 hingga 40 g dalam satu sudu besar.  Pembajaan hendaklah dilakukan empat minggu sekali. Selain baja daun (foliar fertilizer) adalah pilihan yang baik dan guna alat semburan (sprayer) untuk kemudahan membaja.  Pastikan anda mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan.

 

PENYAKIT DAN SERANGGA

Pokok yang ditanam dalam pasu gantung tidak terlepas daripada serangan penyakit dan serangga.  Sudut rimbun dan tergantung serta persekitaran yang lembap selalunya menggalakkan serangga dan penyakit dari semasa ke semasa.

Ulat serangga seperti hamama, teritip (scales), koy (mealybugs), terip, kutu daun dan kumbang sering didapati menyerang pokok, terutama pokok yang ditanam dalam pasu gantung kerana keadaan kelembapan rendah dan teduh.

Untuk menjaganya, terlebih dahulu turunkan pasu gantung dan keluarkan tanaman sebelum menyembur racun serangga seperti malathion, diazinon, cabaryl dan minyak putih (white oil).  Pastikan anda sering melembapkan pokok dengan semburan air kerana serangga tidak suka kelembapan yang tinggi.

Untuk mengelak penyakit kulat dan bakteria, daun dan ranting layu serta sudah mati hendaklah dipangkas dan seterusnya disemburkan racun kulat seperti benomyl, dithane, captan atau thiram.  Perlu diingatkan di sini, sukatan racun dibuat mengikut syor yang diberikan.

 

PEMANGKASAN

Pokok dalam pasu gantung selalunya dari jenis yang mempunyai dahan menjalar dan melentur.  Panjang juraian dahan terpulang kepada jenis pokok dan tujuan penanamannya.  Bagaimanapun, pokok itu boleh dicantas kalau dahan yang berjurai menghalang laluan di anjung, melindungi pemandangan atau sudut pokok terlalu lebat dan besar.  Cara mencantas dahan ialah dengan memotong balik lebih kurang 30 hingga 40 cm dari aras pasu.

 

MEMASU SEMULA

Campuran tanah dan nutrien dalam pasu gantung akan kehabisan dan tekstur tanah menjadi musnah apabila sampai tempoh tertentu, menyebabkan saliran air dan pengudaraan terjejas.  Akar pokok juga terlalu berserabut di dalamnya.  Selalunya keadaan ini berlaku satu setengah atau dua tahun selepas pokok ditanam dan bergantung kepada jenis pokok yang ditanam.

Untuk menentukan keadaan ini, lihat dan rasa sama ada air selalu bertakung, bahan organik kehabisan atau akar berserabut dan terkeluar daripada bekas.  Tanah yang lama ini boleh ditukar dengan memangkas akar lama dan ditanam semula.