UBI GARUT HIASAN

Pokok ubi garut hiasan atau lebih dikenali sebagai Maranta dan Calathea adalah sejenis pokok herba saka yang mengeluarkan daun menarik dan berwarna-warni.  Ia berasal daripada keluarga Marantaceae.  Setiap warna daun menandakan jenisnya.

Persamaan di antara Maranta dengan Calathea sukar dikenali secara rambang.  Namun, Maranta selalunya rendah dan condong manakala Calathea menegak.  Selain itu, Maranta mempunyai 15 spesies dan Calathea pula 100 spesies, kebanyakannya berasal dari Amerika Tropika dan Barat Hindi.  Ciri-ciri lain yang membezakan Maranta dan Calathea ia Maranta berdaun gulung pada waktu malam manakala daun Calathea selalunya tajam dan menegak.

Spesies Maranta dan Calathea yang selalu ditanam sebagai pokok pasuan ialah:

  1. Maranta leuconeura dan Kerchoveana – bertompok coklat yang bertukar hijau tua apabila daun menjadi

matang.

  1. Maranta tricolor – daunnya berurat menarik.
  2. Maranta leuconuera massangeana – berdaun hijau hitam dan mempunyai urat berwarna perak.
  3. Calathea ornate – berdaun panjang dan beralun di bahagian tepi manakala bahagian bawahnya berwarna

ungu merah.

  1. Calathea zebrine – berdaun belang hitam-hijau dan berbaldu.

 

 

PENCAHAYAAN DAN SUHU

Maranta dan Calathea sesuai ditanam sebagai pokok pasuan di dalam rumah.  Selain itu, ia juga boleh ditanam secara berkelompok di tempat bernaung, dengan kekuatan cahahya 8,000 hingga 10,000 atau 25 hingga 50 peratus naungan.  Suhu 28 hingga 30°C sesuai untuk semua pokok tropika, termasuk Maranta dan Calathea.

 

AIR DAN PEMBAJAAN

Siram dua kali sehari dan pastikan tanah sentiasa lembap.  Baja organik atau bukan organik boleh digunakan untuk memberi nutrien yang mencukupi dan seimbang.  Baja mengandungi NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 sesuai untuk menggalakkan pengeluaran daun yang cantik, sihat dan segar.  Sukatan baja 20 hingga 30 g atau satu camca besar boleh diberi secara taburan atau dijadikan larutan bersama campuranm 20 liter air dan disiram.

Pembajaan hendaklah dibuat empat hingga enam minggu sekali.  Baja daun juga dengan menyemburkannya ke arah daun.

 

KELEMBAPAN

Maranta dan Calathea sangat sesuai di persekitaran yang berkelembapan tinggi 80 peratus ke atas.  Isi air di dalam piring pasu bagi mendapatkan kelembapan tinggi sepanjang masa.  Calathea dan Maranta yang ditanam

di atas batas pula hendaklah disungkup sepanjang masa.

 

MENANAM DAN MENUKAR PASU

Anak Maranta dan Calathea boleh di beli di tapak semaian, selalunya ia dijual dalam beg plastik berharga RM5 hingga RM10.  Anak pokok elok diubah segera ke dalam pasu dan berikan campuran yan sesuai untuk menggalakkan tumbesaran yang lebih sihat dan segar. Pasu berukuran 25.4 cm atau 30.5 cm sesuai untuk memuatkan dua hingga tiga rumpun anak pokok.

Tanah lama hendaklah dibuang dan akar yang menjela dipangkas sebelum ditanam.  Campuran tanah paling sesuai ialah 3:2:1 dan jangan lupa memberi baja asas seperti batu kapur (GML) serta baja organik NPK 8:8:8.

Kebiasaannya, bagi pokok atau rumpun tuan, campuran tanah dan pasu boleh ditukar selepas ditanam tiga hingga empat tahun kerana tanah yang lama tidak lagi gembur, masam, melekat dan padat.  Keadaan ini hanya membantutkan pengudaraan dan saliran air.

Untuk menukar pasu atau campuran tanah, keluarkan pokok dan buang tanah lama.  Akar pokok, daun yang rosak dan berpenyakit hendaklah dicantas, kemudian rumpun dibelah menjadi kecil sekurang-kurangnya tiga

hingga empat rumpun dan ditanam di dalam pasu berserta campuran tanah baru.

Kegiatan menukar pasu dan pada masa yang sama melakukan pembiakan secara belahan boleh menhasilkan pokok yang banyak.

 

PENYAKIT DAN PEMANGKASAN

Jarang dilakukan dan hanya untuk daun yang rosak seperti melecuh atau berpenyakit.  Antara kesan penyakit dan serangga yang menyerang Calathea serta Maranta ialah:

  1. Daun bergulung dan layu kerana tanah terlampauy kering.  Oleh itu, siram dan beri ruangan.
  2. Daun pucat kerana terlalu kuat cahaya.  Oleh itu, beri naungan dan tingkatkan kadar kelembapan

sekeliling.

  1. Daun bertompok coklat dan melecuh, mungkin disebabkan serangan kulat atau bakteria.  Oleh itu,

semburkan racun kulat seperti benomyl, thiram, captan dan dithane.

  1. Daun pucat dan bersawang di bahagian bawah kerana serangan hamama, koya, kutu dan terip.  Oleh itu,

semburkan racun serangga seperti malathion dan diazinon.